FOLLOWERS

Monday, September 28, 2009

Rebonding

Rebonding, tentu semua kawan-kawan tahu apa itu rebonding. Rambut yang kerinting serta frizzy boleh diluruskan dengan kaedah rebonding. Cuti raya lepas, aku rebondingkan rambutku. Macam Lady of Leisure jugak, rambutku jenis kembang macam 'Lion' bila tak diberi perawatan yang secukupnya. Dah lama aku tak buat treatment rambut, dulu-dulu ada ler jugak..tapi sejak bertudung aku malas nak fikir pasal rambut. Dalam tudung siapa yang tahu. Tapi naluriku meronta-ronta jugak nak buat rebonding. Sebab musababnya aku memang suka buat perubahan diri, bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi lebih kepada keyakinan diri. Lepas bersalin anak ke 4, rambutku gugur dengan banyaknya dan aku bernasib baik sebab rambutku tebal. Rambut yang gugur tu akan tumbuh kembali dengan anak-anak rambut yang halus.
Aku pergi buat rebonding dengan Diana, anak saudaraku yang paling kamceng sekali. Diana pun buat rebonding jugak. Kami pergi ke sebuah salon rambut terkenal De' Touch, Lagenda Height, Sungai Petani. Nama hair stylist yang handle rambutku Billy Yeoh, kecik molek orangnya serta ramah. Rupanya persis actress jepun atau korea. Tak nampak macam orang cina pun. 'rambut kak frizzy, sudah rosak lor..'kata Billy. 'kena tambah treatment + free Loreal absolute repair untuk kasi lembut balik dan jaga rambut kak bagi cantik dan tak rosak bila buat rebonding'. Pandai sungguh Billy buat marketing masa tu. Tau-tau je aku ni tak berkira, lebih-lebih lagi kalau nak cantik. 'Rebonding + treatment sume RM 2++'..ha, biar betul..hmm..belasah jer la janji cantik. Lepas berapa jam rambutku siap. Wah 'Liang Liao' kata Billy..maksudnya 'perempuan cantik'. Pandainya Billy mengayat aku. Masa nak bayar bill, Billy mengambil semua info-info pasal diriku untuk dimasukkan data dalam komputer. Katanya lepas ni kalau aku buat treatment rambut kat salon tu dapat diskaun sebab dah jadi member. Pandai sungguh cara mereka berbisness. Premis mereka menyediakan servis untuk muslim iaitu ditingkat atas salon. Tempatnya begitu ekslusif sekali. Tak hairanlah bayarannya pun agak mahal dan produk yang digunakan adalah Loreal Professional. Ini salah satu cara mereka buat marketing. Lepas bayar bill, aku pun bergegas pulang ke rumah mak. Kesian mak sebab tolong menjaga anak-anak selama 5 jam..hahaha..rambutku dah cantik..hihihi..







5 comments:

KELLY910 said...

wah.. raya sakan la mama eja aritu..
kelly pula sebelum ni prefer buat digital perm.. coz kelly ni kurus, lagipun hubby suka tgk rambut kelly curl.. tapi this year kelly buang tebiat, potong rambut paras bahu pastu buat rebonding juga.. nasib baik hubby tak bising ekekekke..
sis.. correction untuk perempuan cantik tu.. bukan 'LIANG LIAO' tapi 'LENG LOI' ...

Lady of Leisure said...

uwaaaa... ni yg buat lady teringin nak pi salum rambut ni...

MIEZA said...

Kelly, akak buat pasal rambut ni dah x terjaga lama dah..lagipun bila rebonding ni rambut kita licin dan lembut jer bila disentuh..ekekekek..hubby akak suke..

MIEZA said...

Kelly, akak ingat2 lupa la bahasa dia cakap tu..thanks sebab betolkan yer..hahaha..

MIEZA said...

Lady, kita kena la jaga penampilan diri baru ada keyakinan..akak buat sume ni untuk keyakinan diri jer dan untuk hubby gak..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin