FOLLOWERS

Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Monday, September 14, 2009

Perkembangan Anak-Anakku..



ALISHA..
Baby Alisha sekarang dah pandai menyulur (orang Kedah cakap), iaitu bergerak dengan menolak dengan tangan dan belum pandai menggunakan lutut. Bila dia excited nak ambil objek atau toys, mulalah dia crawling pergi kepada objek tersebut. Aku gelarkan Alisha My Little Turtoise. Dalam pada itu dalam fikiran aku ialah tahap keselamatan bayiku. Baby ni, bila dah mula belajar merangkak, mulalah dia nampak objek-ojek di atas lantai dan mulalah dia kutip dan masukkan ke dalam mulut. Aku memang dah alertkan anak-anak yang lain supaya tidak sepahkan lantai dan minta mereka mengemas balik sekiranya bermain di ruang tamu, sebab ruang tamu adalah dunia Baby Alisha. Disitulah Alisha menerokai dunia barunya dan ruangan untuk bermain. Aku fikir nak masukkan Alisha dalam Walker, tapi aku risau takut Ayuni tolak walker tersebut, sebab Ayuni pun bukanlah berapa cerdik lagi. Kalau nak masukkan juga kena ada Amira tolong tengok-tengokkan adik-adiknya. Susah juga nak membesarkan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian.
AYUNI..
Ayuni baru berumur 3 tahun 2 bulan dan masih memerlukan perhatian yang lebih dari Alisha sebab Ayuni lebih aktif dan lasak. Setiap pergerakkan Ayuni kena selalu diperhatikan. Anakku ini aktif nak pergerakkannya tidak terbatas. Pernah sekali Ayuni menuang serbuk pencuci pakaian dan juga sebotol softener ke dalam washing mashine. Masa itu, aku tiada dirumah kerana pergi ke rumah babysitter mengambil Alisha. Kebetulan Amira tertidur keletihan selepas pulang dari mengaji Al-Quran. Bayangkanlah habis sebungkus serbuk pencuci yang baru dibuka dan sebotol softener yang baru setengah botol diguna. Tapi aku bersabar, kalau tak teruk juga Ayuni dikerjakan. Selalunya Amiralah yang menjadi mangsa untuk jaga Ayuni. Syukurlah Amira sudah besar dan seorang kakak yang boleh diharapkan untuk menjaga adik-adik. Kalau tidak, tak tahulah nak buat macamana..

Tuesday, August 11, 2009

CD COOLA BABY




Seronoknye tengok babyku pakai CD..Coolababy namanya..thanks kepada mak kutu, Akma yang buat skim kutu CD nie..dah lama jgak aku ushar CD nie..mula-mula tengok pendapat mommies2 kat forum Ratuhati dulu. Bila ada skim kutu nie, apalagi ambik peluanglah..grab the CD's. Bukan saja nak jimatkan poket somi tapi membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar..teringat jgak aku masa mula2 kahwin dulu..masa tu tahun 90an..nak beli diapers pakai buang memang mahal, masa tu suami keje sendiri, aku pulak baru keje..ada jugak pakaikan Amira lampin kain dengan seluar getah atau yang ikat plastik tu, tapi sekarang lampin kain dah di modified, lebih efisien dan kalis bocor..

ni lah CD nyer..

tengoklah betapa selesanya..baby pun happy..mama lagi la happy..

CD Coola Baby nie aku dapat 5 warna semuanya, putih, kuning, oren, biru muda dan hijau muda..kalau ada bajet lebih nanti nak tambah lagi lah koleksi CD nie.. Thanks to Ratuhati.com kerana perkenalkan aku apa itu Kain Lampin Moden aka Cloth Diapers


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin