FOLLOWERS

Friday, December 18, 2009

Selangkah Menuju Kejayaan

Assalamualaikum...
Sudah lama tak jengok blog sampai bersawang..hehehe..
Entri kali, walau agak lewat, Mieza ingin berkongsi kegembiraan Mieza dengan kawan-kawan dan pembaca yang sudi singgah ke blog Mieza ni.
UPSR sudah lama diumumkan iaitu 19 November 2009 lalu. Disebabkan kesibukkan kerja, tak sempat nak updatekan keputusan UPSR Amira, anak perempuan Mieza yang sulung tu.
Alhamdulillah, berkat usaha yang gigih anakku itu, Amira dapat keputusan cemerlang iaitu 5A dan menjadi pelajar contoh disekolahnya. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana, bukanlah alasan untuk berjaya dan mencapai cita-cita..
Pada hari keputusan UPSR 2009 diumumkan, Mieza tidak menyangka bahawa anak Mieza akan diumumkan sebagai pelajar terbaik. Sebaik sahaja diumumkan terbaik, wartawan datang menyerbu dan bertanyakan pelbagai soalan dan mengambil gambar kami tiga beranak ..... malu jugak haritu...dan rasa femes lak..hahaha..

Dibawah ini ada beberapa gambar yang Mieza ambil dari beberapa akhbar untuk dikongsi bersama kawan-kawan...


Pelajar cemerlang lambung topi konvokesyen di Sek. Keb. Taman Uda, Alor Star.





MONOLOG UNTUK AMIRA...
Untuk anakku, Amira...
Perjalananmu baru saja bermula, ini adalah titik permulaan untuk melangkah ke arah kejayaan, banyak lagi onak dan duri yang perlu ditempuh, bukan mudah untuk mencapai kejayaan jika tidak berusaha dengan gigih..harapan mama agar kakak berjaya hingga sampai Menara Gading, Mama dan Abah serta keluarga kita sentiasa berada dibelakangmu..Mama sayang kakak..

Thursday, December 10, 2009

Sorry ya kawan-kawan


Kawan-kawan tersayang,
Maafkan Mieza andainya dah lama tak update blog ni, bukannya tak ada cerita yang nak dikongsi, tetapi situasi tak mengizinkan untuk updatekan cerita-cerita terbaru buat kawan-kawan. Nak tahu kenapa? Hehehe...Mieza dah kantoi...sekarang kat office dah tak boleh nak surfing internet macam biasa. Hak itu telah ditarik balik oleh boss Mieza. Maybe dia tak mahu staff menggunakan kemudahan internet di pejabat disalahgunakan oleh pekerja. Biarlah..mungkin ada hikmahya dia buat macam tu..walaupun hati sakit mengenangkannya, tapi Mieza kena fikirkan dari sudut lain, kenapa boss buat macam tu..so Mieza terima seadanya..
Walaupun tak boleh online lama, Mieza sentiasa buka blog Mieza, nak tahu perkembangan kawan-kawan semua...Insyaallah, kalau ada rezeki, Mieza ingat nak pasang streamyx kat rumah, biar dapat berhubung semula dengan kawan-kawan...
So..tunggu...i will come back soon...



Wednesday, December 2, 2009

Birthday Alya

Happy Birthday Alya..Alya, anak saudaraku sambut birthday yang ke 3 tahun di kampung sempena cuti Raya Haji yang lalu. Adikku, Yana dan suaminya bekerja dan tinggal di Putrajaya. Yana memang merancang nak sambut birthday Alya di kampung sempena pulang bercuti pada Raya Haji lalu. Birthday Alya sebenarnya jatuh pada 12 Disember 2009, tapi kami plan nak buat awal sebab kebetulan semua orang berkumpul dirumah mak waktu itu..lihatlah kegembiraan anak-anak dan anak-anak saudaraku yang ramai itu bila bertemu...



Birthday Girl - Alya yang manja


Birthday Cake - Chocolate Walnut by Secret Recipe sodapp



Tengah tunggu nak tiup lilin



Nangis plak, lambat benar nak tiup lilin ni...



Alya and my notty daughter Ayuni

Gambar-Gambar kegembiraan anak-anak


Seronoknya minum fruit coctail


peace!


hoorayyy..


smile!


Alisha n her cousin sister


Alisha with her cousin sister..lega sikit ramai yang tolong jaga..hihihi..

Apapun memang happening lah haritu, mana gambar saya?..huhuhu..takleh la nak show kat blog ni, coz free hair...malu la...
Memang begitu meriahlah rumah mak bila anak-anak dan cucu-cucu berkumpul, bergelak ketawa, bermain, berjenaka bersama-sama...


Monday, November 16, 2009

Untuk Renungan Bersama


Sejak akhir-akhir ini, saya sering menilai diri sendiri adakah sudah sempurna atau masih banyak lagi kekurangan-kekurangan yang perlu diperbetulkan sebagai hamba Allah, samada menjalani kehidupan seharian dan juga ditempat kerja.
Ye lahkan..manusia tak sempurna, oleh itu kawan-kawan marilah kita menilai diri kita sendiri dan berusaha meningkatkan keperibadian kita sebagai orang muslim di muka bumi Allah ini....

Terdapat beberapa artikel yang saya jumpa di dalam internet yang ingin saya kongsi dengan kawan-kawan semua...

Adab Terhadap Diri Sendiri

Kaum muslimin percaya bahwa kebahagian di dunia dan akhirat bergantung pada perilaku dan adab terhadap diri sendiri dan pada kesucian serta kebersihan jiwa. Begitu juga dengan kesengsaraan disebabkan kerosakan dan kekotoran jiwa hal ini nyata dalam firman Allah :

“ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”
( Asy-Syam [ 91] 9-10)

Rasullullah bersabda :

“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila melakukan sesuatu dosa terjadilah bintik hitam dalam hatinya. Bila dia bertaubat dan menghentikan dosanya dan mencela perbuatannya, hatinya akan bersinar kembali, dan apabila dosanya bertambah, akan bertambah pula bintik hitam itu hingga hatinya akan tertutup….”
( Nasa’i dan Tarmizi, hadis hasan sahih)

Oleh yang demikian kaum muslim haruslah berusaha menjaga dirinya dengan membersih dan menyucikan jiwanya. Kerana jiwa yang suci dan bersih dapat menjauhkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan boleh merosakkan. Beberapa langkah yang perlu di lalui untuk mencapai kesucian jiwa iaitu :

a. Taubat

Taubat yang bermaksud menyucikan diri dari dosa dan maksiat, menyesali segala dosa yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak mengulangi. Seperti firman Allah yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai….”
(at-Tahrim[66] : 8)

Dan sabda Rasullullah :

“ Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari seratus kali ”
( Muslim )

b. Muraqabah ( Pengawasan )

Umat Islam sentiasa merasakan setiap perbuatan dan pergerakan diawasi oleh Allah. Sehingga mereka yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan dan megetahui segala yang nyata mahupun tersembunyi.Dengan keyakinan itulah manusia merasakan jiwanya tenang mengingati Allah dan puas mendampingiNYA. Ia di nyatakan dalam firman Allah :

“ Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan .....”
( an-Nisa [4] : 125 )

Rasullullah juga bersabda :

” Beribadahlah kamu kepada Allah seperti kamu melihat-NYA, apabila kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Dia melihatmu ......”
(Muttafaq ’alaih)

c. Muhassabah

Melakukan perhitungan terhadap diri sendiri di atas apa yang telah dilakukan demi mengecapi kebahagian di dunia dan akhirat. Sentiasa membuat perhitungan dengan apa yang telah dilakukan. Andainya apa yang dilakukan adalah perkara-perkara yang dilarang, maka mestilah segera beristigfar menyesali perbuatan dan segera bertaubat dan membuat kebaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan muhassabah terhadap diri sendiri.Ianya satu cara memperbaiki, mendidik, menyuci dan membersihkan diri

Allah berfirman :

“ Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ”
(al-Hasyr [59] : 18)

d. Mujahadah (Berjuang Melawan Hawa Nafsu)

Hawa Nafsu adalah musuh yang paling besar bagi setiap individu Islam. Hawa nafsu hanya cenderung untuk melakukan kejahatan dan menjauhi kebaikan.

Allah telah berfirman :

“ Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.....”
(Yusuf [12] : 53 )

Sebagai umat Islam seharusnya kita berjuang untuk melawan hawa nafsu jangan sampai ianya menguasai diri kita. Didiklah nafsu agar tenang dan tenteram serta suci dan bersih. Allah berfirman :

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
(al-Ankabut : 69)


Sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa berjuang di jalan Allah demi memastikan nafsu terkawal, baik, bersih, suci dan tenteram serta memperolehi kemuliaan dan keredhaan dari Allah S.W.T.


sumber dari: www.al-azim.com
copyright: Jabatan Mufti Negeri Melaka




Sunday, October 18, 2009

Damainya Kampungku..

Agak lama juga saya tak update di blog ni disebabkan busy dengan kerja-kerja office. Sebenarnya entri ni dah lama, tapi tak sempat nak post..
Kali ini saya ingin bercerita tentang kampung kelahiran saya, Kampung Singkir Genting, Yan, Kedah.Di kampung ada mak, ayah, kakak saya, Kak Ina, suami dia, dan 3 orang anak buah saya. Saat paling bahagia buat saya adalah pulang ke kampung dan kesempatan cuti Jumaat dan Sabtu saya habiskan disana.
Kampung saya terkenal dengan dusun buah-buahan kayu seperti durian,cempedak, langsat, rambai, manggis, rambutan dan berbagai-bagai jenis buah-buahan tempatan. Belakang rumah mak ada sebatang sungai yang jernih, mengalir dari kaki Gunung Jerai dan terdapat rekreasi perkelahan di situ, dan orang-orang kampung menggelarkan tempat itu Sungai Tok Selang. Walaupun airnya tidaklah sedalam mana, tapi ramai jugak keluarga datang beriadah disitu. Kanak-kanak yang paling suka mandi disitu kerana airnya cetek..tapi saya tak mandilah disitu, anak-anak je yang seronok mandi..
Dulu masa saya kecil dan remaja adalah mandi dekat situ..seronok...heeee..



Projek Ladang Manggis Organik



Jernihnya air sungai yang mengalir dari kaki Gunung Jerai..





Budak-budak kampung panjat pokok lepas tu terjun ke dalam sungai..



Rumah mak...



Jalan kampung..

Kepada kawan-kawan semua, jemputlah ke rumah mak saya bila cuti sekolah..boleh bermandi-manda disungai..tapi kena datang time musim buah, baru happening...

Tuesday, October 6, 2009

Cabaran Diet Mieza

Hehehe..mula-mula malu juga nak cerita pasal cabaran dietku ni, takut jugak tak tercapai..bukan senang nak menurunkan berat badan ni..tapi bila fikir dua tiga kali, mahu tak mahu, ku mencabarkan diriku untuk menurunkan berat badanku yang dah agak berisi ni sebanyak 6 kg..boleh ke tak? Dimana ada kemahuan di situ ada jalannya...kena pegang prinsip ni..

Orang cakap jangan makan nasi kerana boleh mengemukkan. Betulkah? Sejak dari kecil lagi makanan ruji kita adalah nasi. Bolehkah kita gantikan nasi dengan makanan rendah karbohidrat iaitu 'low carbohidrat'. Tidak...kena makan juga walaupun sedikit. Mengikut kaedah 'Atkin's Diet', kita tidak perlu kelaparan kerana tidak makan, sebaliknya kita boleh mengambil makanan yang mengenyangkan dengan mengatur makanan rendah karbohidrat dalam menu seharian kita dan ianya berbeza dengan cara diet rendah kalori. Senaman juga penting untuk menyihatkan badan kita, disamping mengeluarkan toksin dalam badan dengan mengeluarkan peluh serta membakar kalori di dalam badan kita. Saya memperuntukkan cuma sekali sahaja seminggu untuk berjoging kerana tidak mempunyai banyak masa disebabkan kesibukkan bekerja dan melayan anak-anak dirumah apabila cuti.


Berat Sekarang = 59kg
Tinggi = 153cm
BMI = 25.2kg/m2 (Overweight)
Sasaran berat = 53kg
Sasaran penurunan = 6kg

Menu-menu dibawah adalah contoh menu-menu diet yang saya amalkan, sesetengah menu ada juga yang saya aplikasikan dengan menu yang saya google dari internet..

Contoh Menu Diet Ahad-Khamis

Sarapan pagi dan makan tengahari tanpa nasi putih, mi dan pasta (terpaksalah ku tahan...ku sangat suka pasta)

Sarapan pagi (saya rotate)

1. Sebiji epal dan 2 butir telur rebus.
2. Tauhu jepun dan brokoli masak sos tiram
3. Roti Wholemeal dan 2 butir telur rebus
4. Frozen Vegetables masak sos tiram dan 2 butir telur rebus

Makan tengahari & malam -dengan nasi-separuh sahaja

1. Ayam goreng, sup sayur dan telur mata
2. Sayur campur, ikan masak asam, tauhu jepun sos tiram
3. Ikan asam pedas, sayur campur
4. Tomyam campur
5. Sawi putih masak sos tiram

Nampak macam tak sedapkan? Tapi apakan daya...ku ingin kurus semula....

Snack (kudapan)

Epal, pisang, betik, honeydew, limau sunkist serta rojak.

Menu Jumaat & Sabtu
Hari ini adalah hari kebebasan buat saya untuk makan kegemaran yang saya suka tapi kena berhati-hati dengan kandungan kalorinya..


Semoga saya dapat menurunkan berat badan secara perlahan-lahan dan dapat memakai semula pakaian kegemaran dan mengembalikan keyakinan saya semula..Insyaallah.

Bentuk badan sekarang p/s*..jangan ketawa..tapi saya nak ketawa jugak..hahaha..



Bentuk badan yang menjadi impian saya




Tapi...ada tapinya, walaupun memang susah untuk mendapatkan bentuk badan macam Kim Kardashian sebab dia tinggi dan saya pula rendah, tapi seakan-akan pun jadilah..{^~^}

Kepada kawan-kawan yang sedang berusaha berdiet tu, janganlah buat secara 'crash diet', sebab nanti bila kita berhenti berdiet, berat badan kita akan naik secara mendadak dan tidak kekal lama, bak kata orang simptom 'YO YO'. Lebih baik kita buat secara perlahan-lahan dan bertahan lama, sebab perut kita sudah terbiasa..

'Selamat Mencuba' bersama-sama...chaiyok! chaiyok!


Sunday, October 4, 2009

Nasi Daging @ Nasi Bukhari

Hari Jumaat lalu, saya memasak Nasi Daging, Dalca dan Air Asam untuk suami dan anak-anak. Dah lama juga tak masak Nasi Daging ni. Saya belajar dari ibu saya. Sangat mudah untuk memasak menu Nasi Daging ni sebab ramuan rempah saya beli dari gerai FAMA berdekatan dengan rumah saya, keluaran IMAN..tetapi cara penyediaannya pulak saya tidak copy 100% dari yang tertulis di belakang peket rempah tersebut. Saya tambah sedikit bahan-bahan lain untuk mendapatkan Nasi Daging yang menyelerakan..kalau kawan-kawan nak cuba resepi saya ni dipersilakan...




NASI DAGING @ NASI DAGING (6 orang makan)

Bahan-bahan tumisan:
1 peket rempah Nasi Daging (saya guna IMAN - dibancuh dengan air menjadi paste)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang kulit kayu manis
3 biji cengkih
1 kuntum bunga lawang
Sedikit halia dihiris halus
Daun pandan disimpul
Minyak masak untuk menumis

Lain-lain bahan:
2 1/2 cawan beras, dibasuh dan ditoskan
1/2 kg daging tempatan, dihiris sebesar kotak mancis dan direbus *
* Air rebusan daging
1/4 susu cair Ideal

Cara Penyediaan:
1. Tumis bahan-bahan tumisan di dalam periuk
2. Masukkan paste rempah nasi daging, kacau hingga serata.
3. Masukkan susu cair, kacau lagi.
4. Masukkan daging, kacau hingga bahan-bahan tadi menyerap dalam daging.
5. Masukkan beras, kacau hingga rata.
6. Akhirnya, masukkan air rebusan daging hingga melepasi beras tadi (methodnya sama spt. kita memasak nasi)
7. Kecilkan api, tutup tudung periuk, biar nasi hingga masak.

TIPS:
Untuk mendapatkan nasi yang lembut, kita hendaklah sering mengacau nasi di dalam periuk kerana ia cepat menjadi kerak dan nasi pulak akan menjadi mentah di atas. Jika nasi mentah, tuang air rebusan daging ke dalam periuk tersebut dan kacau hingga rata)



DALCA

Bahan-bahan dikisar:
1 1/2 peket serbuk kari ayam / daging (saya suka cap Tarbus)
1 labu Bawang Besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit Halia

Bahan-bahan untuk tumisan:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun pandan, disimpul
sedikit daun kari @ daun karapole (utara)

Bahan-bahan sayuran
3 tangkai kacang panjang
3 biji kentang
1 biji karot
Sedikit daging ayam atau lembu

Lain-lain bahan:
2 keping asam keping
Santan pekat (saya selalu guna RM0.50 je dan ditambah sedikit air)
Sedikit Kacang Dal, direbus dengan sedikit minyak.

Cara Penyediaan:
1. Masukkan sedikit minyak di dalam periuk.
2. Tumis bahan-bahan tumisan tadi hingga naik bau.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar, gaul rata, biarkan pecah minyak.
4. Masukkan daging ayam atau lembu, kacau rata.
5. Masukkan kacang dal, santan, kemudian masukkan bahan-bahan sayuran tadi.
6. Masukkan 2 keping asam keping
7. Masukkan garam dan perasa, perlahan api, biar sehingga mendidih.



AIR ASAM

Bahan-bahan untuk dikisar:

6 Tangkai cili padi (boleh tambah kalau suka pedas)
1 Tangkai cili merah
1 sudu belacan-dibakar dahulu
Sedikit air asam jawa
Gula, garam, perasa secukupnya.
1 biji tomato dihiris kecil-kecil
1 labu bawang besar berukuran sederhana dihiris nipis.

Cara Penyediaan:
1. Kisar semua bahan di atas kecuali tomato dan bawang besar
2. Masukkan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan tomato dan bawang besar, satukan di dalam mangkuk.

Sedia untuk dihidangkan...

Seronok melihat suami dan anak-anak makan masakan yang saya buat ini..mereka tambah sampai 2, 3 pinggan...tapi menu ini tidak boleh disediakan selalu sebab kandungan kalorinya tinggi kerana berasaskan daging dan santan. Tapi sekali sekala mahu mencuba menu ini, dipersilakan...



Wednesday, September 30, 2009

Awards dan Tags dari Risa



This is my second awards. Thanks Risa sebab beri awards ni pada new blogger yang baru berjinak-jinak dengan blog ni. And thanks for being my best friends walaupun kita baru jer kenal melalui cyber ni dan rasanya mungkin faktor usia yang sama dan sesetengah perkara yang kebetulan sama menjadikan kita macam dah kenal bertahun-tahun..i'm appreciated this moments so much..luv ya ..mmmuahhhh..

Write 5 interesting facts about the person who gave you this award.

1. Risa ni famous orangnya dan menjadi moderator kat Ratuhati.Com
2. Orangnya mempunyai lesung pipit yang manis
3. Ada empat orang anak, 3 perempuan 1 lelaki (sama la kita)
4. Serious when listening dan suka menolong orang
5. Suka pergi jalan-jalan bila cuti

Note down 10 interesting facts about yourself or your hobbies

1. Sangat suka berkaraoke
2. Suka memasak dan mencuba resepi baru
3. Sangat obsess dengan kecantikkan..
4. Ingin berjaya dan memiliki kebebasan kewangan..
5. Sangat sensitif dan mudah tersentuh...
6. Suka sangat dengar lagu2 rock sentimental (sama dengan risa)
7. Waktu-waktu santai suka mengemas rumah
8. Susah menolak bila diminta pertolongan, selagi mampu akan menolong...
9. Hobi terbaru menanam pokok-pokok berdaun, seperti keladi, palm dan pokok hiasan..
10. Bercita-cita membuka sebuah cafe yang menyajikan makanan halal samada western dan oriental yang mempunyai kemudahan wifi, hiasan dalaman yang modern kotemporari dan mempunyai rangkaian francise di seluruh dunia...hehehe..besarnya cita-citaku..

Pick your 10 most deserving recepients and describe them

1. Pijot...orang noghori 9 yang sentiasa update blognyer..aku suke baca..
2. Maizatul..Ketua Puteri Umni Bahagian Alor Star yang tabah, prihatin serta superwoman..
3. Diana, niece aku yang kamceng, walaupun jarak umurku tua 13 tahun..
4. ladybirdluvone..seorang ibu yang comel..punyai 2 anak..
5. kelly910..suaminya chinese dan punyai 2 anak lelaki..
6. Dude_5176..member kat forum RH yang sudi follow blog saya..
7. Amyna..orang Kedah berperantauan di Sabah
8. Ain (Luvischenta)..ibu muda, nama babynya Erryna..
9. MamaEL..blogger yang sudi follow blog saya..
10. Darling..isteri kepada Azmir Abd. Aziz.



Tuesday, September 29, 2009

My 13th Anniversary


26 September 2009, genaplah 13 tahun aku melayari bahtera perkahwinan dengan hubby yang ku sayangi, Amer. Tiada apa-apa yang menarik yang hendak kuceritakan tentang aniversaryku ini. Tiada kejutan manis yang kuterima. Hariku berjalan seperti biasa. Aku bersyukur kerana sepanjang 13 tahun melayari bahtera perkahwinan, hidupku amat bahagia sekali dan telah dikurniakan 4 orang cahayamata. Sudah terlalu banyak liku-liku yang telah ku tempohi dan semua ini mengukuhkan lagi kasih sayang di antara kami berdua.
Impian dan pengarapan seorang isteri agar suaminya sensitif tentang tarikh-tarikh istimewa dalam rumahtangga. Tapi suamiku bukanlah romantik orangnya untuk berikan sejambak mawar merah, buat tempahan candlelight dinner dekat restoran mewah, berikan kejutan-kejutan yang manis seperti yang boleh kita lihat di dalam drama-drama tv. Tapi aku bersyukur mempunyai seorang suami yang penyabar dengan karenahku, sebagai teman untukku berbicara apa saja, tempatku meluahkan masalah, banyak menolongku terutama sekali dalam menyediakan juadah di dapur, melayan karenah anak-anak. Aku menerima dirinya seadanya walaupun di alam hati aku juga teringin dilayani sebagai seorang puteri walau hanya sehari...'hmmm bilakan akan berlaku saat-saat itu?..entahlah...impian dan pengharapan hanyalah angan-angan..tak tahulah bilakah ianya akan kesampaian..

"Aku berdoa agar perkahwinan dan ikatan yang dibina atas dasar cinta ini berkekalan sampai ke Syurga dan aku berdoa semoga hari-hari tuaku kelak, ada suamiku disisi untuk menemaniku dan seandainya diberi pilihan, biarlah aku yang pergi dulu sebelum suamiku, kerana tanpa dirimu, pincanglah aku.. Amin.. "


kenangan zaman percintaan tahun 1992..


Tags Kereta dari Blog Atun..

Aku suka menjengok blog kawan-kawanku. Ada satu tags dari blog Maizatul Miza, kawanku, yang aku kenal bergiat aktif dalam politik di Alor Star. Kebetulan aku memang suka menjawab tags, aku nak sharelah dengan kawan-kawan disini...

1. when do you get your driving license?
.
Well, disebabkan zaman sekolah dulu aku asyik menumpang motor kawan ke sekolah dan disebabkan familyku susah masa itu, aku ambik lesen moto masa umurku 25 tahun, sebelum tu aku naik motor tak ada lesen, he.he.he...sepanjang tidak berlesen, tak pernahlah pulak kantoi kena tahan En. Polis dan En. JPJ.. First, aku ambik lesen kereta motor dengan duit simpananku sendiri. Masa tu kos belajar dan mendapatkan lesen kereta dan motor RM850.00, tak tahulah pulak kos zaman sekarang. Aku buat ujian sekali saja untuk lesen motosikal, lesen kereta pulak 2 kali, gagal kali pertama masa bawa kereta dijalanraya. Masa tu aku memang kecut perut, JPJ yang test aku tu pula gemok orangnya. Semasa memandu kereta, aku terbau aroma ketiak En. JPJ yang kuat menyucuk-nyucuk hidungku. Kembang kempis hidungku menahan bau yang tak menyenangkan hati masa itu, ditambah pula dengan muka En. JPJ yang tak berapa hensem dan serius pulak disebelahku. At last aku gagal..kali kedua pula, En. JPJ yang test tu hensem sket..hahaha..dengan berkaca-mata hitamnya, tapi sorry ekk..aku bukan jenis yang suka merayu untuk lulus, aku lulus kerana aku layak mendapat lesen..hahaha..

2. your first car is?
.
Kereta pertama yang aku bawa ialah Mazda 323, dua pintu dan berwarna biru…kereta itu suamiku beli untuk kegunaanku ke tempat kerja, selepas itu, aku memandu kereta Ford Laser TX3, dua pintu juga, warna hitam. Kemudian kereta Wira Sedan 1.6 AUTO, lepas itu bermacam-macam jenis kereta yang kupandu, kebetulan suamiku buat bisness part time jual kereta second hand..dan sekarang, kami tak mempunyai kereta untuk digunakan sebab suamiku sudah tidak lagi menjual kereta second hand disebabkan kekurangan modal pusingan...
.
3. what type is your car now?
.
Sekarang aku tidak mempunyai kereta, hanya ada dua buah motosikal, satu untuk kegunaanku, satu lagi untuk suamiku ke tempat kerja...aku tidak malu untuk menceritakan kepada semua kawan-kawan sebab aku bukanlah seorang yang hipokrit..apa yang ku tulis adalah kenyataan, bukanlah dusta..kami meminjam kereta abang iparku untuk membawa anak ke klinik ataupun ke sekolah jika hari hujan...tapi sekarang ni, dalam perancangan untuk membeli sebuah kereta untuk kegunaan kami nanti...insyaallah..

6. Do you choose the plate number or was it given?
.
Disebabkan aku tak ada kereta, aku memasang angan-angan nombor plat kereta ku..KDA 69, kenapa?...KDA ..Kedah Darul Aman, 69..nombor rumahku 69..hahaha..masih sempat untuk aku memiliki nombor tersebut sebab aku masih belum mempunyai kereta, insyaallah..mungkin akan menjadi kenyataan, tolong doa-doakan yer..hahaha.
.
5. what is the colour of your car?
.
Aku mimpikan sebuah kereta Mitsubishi Lancer 2.0 Gts..berwarna merah...


6. reveal 5 most important things in your car?
.
Dulu-dulu semasa mempunyai kereta...
i. Pewangi keta...suka jenama ambi pur
ii. Box Tissue....
iii. Touch & Go with SMART TAG.....
iv. Mineral Water..
v. Payung...
.
7. have you ever got yourself into accident?
.
Alhamdulillah, belum pernah kemalangan since dapat lesen kereta, tapi terlanggar kerb kat tepi jalan tu adalah sampai suami marah-marah, skirting kereta Ford Laserku roboh...dan cermin depan kereta Wiraku pecah kena batu yang melantun dari atas lori yang membawa muatan batu...
.
8. when is the due for your insurance & roadtax?
.
Tak ada...sebab tak de kereta...motorku plak 31 Ogos 2010...
.
9. do you plan to change your car?
.
Sekarang ni dalam planning nak beli kereta la..tapi yang murah aje untuk kegunaan seharian...
.
10. lets make your friend do this too. who would you choose?
1. Risa
2. Kelly910
3. Amyna
4. Lady of Leisure
5. Pijot
6. Diana
7. Dude_5176


Monday, September 28, 2009

Rebonding

Rebonding, tentu semua kawan-kawan tahu apa itu rebonding. Rambut yang kerinting serta frizzy boleh diluruskan dengan kaedah rebonding. Cuti raya lepas, aku rebondingkan rambutku. Macam Lady of Leisure jugak, rambutku jenis kembang macam 'Lion' bila tak diberi perawatan yang secukupnya. Dah lama aku tak buat treatment rambut, dulu-dulu ada ler jugak..tapi sejak bertudung aku malas nak fikir pasal rambut. Dalam tudung siapa yang tahu. Tapi naluriku meronta-ronta jugak nak buat rebonding. Sebab musababnya aku memang suka buat perubahan diri, bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi lebih kepada keyakinan diri. Lepas bersalin anak ke 4, rambutku gugur dengan banyaknya dan aku bernasib baik sebab rambutku tebal. Rambut yang gugur tu akan tumbuh kembali dengan anak-anak rambut yang halus.
Aku pergi buat rebonding dengan Diana, anak saudaraku yang paling kamceng sekali. Diana pun buat rebonding jugak. Kami pergi ke sebuah salon rambut terkenal De' Touch, Lagenda Height, Sungai Petani. Nama hair stylist yang handle rambutku Billy Yeoh, kecik molek orangnya serta ramah. Rupanya persis actress jepun atau korea. Tak nampak macam orang cina pun. 'rambut kak frizzy, sudah rosak lor..'kata Billy. 'kena tambah treatment + free Loreal absolute repair untuk kasi lembut balik dan jaga rambut kak bagi cantik dan tak rosak bila buat rebonding'. Pandai sungguh Billy buat marketing masa tu. Tau-tau je aku ni tak berkira, lebih-lebih lagi kalau nak cantik. 'Rebonding + treatment sume RM 2++'..ha, biar betul..hmm..belasah jer la janji cantik. Lepas berapa jam rambutku siap. Wah 'Liang Liao' kata Billy..maksudnya 'perempuan cantik'. Pandainya Billy mengayat aku. Masa nak bayar bill, Billy mengambil semua info-info pasal diriku untuk dimasukkan data dalam komputer. Katanya lepas ni kalau aku buat treatment rambut kat salon tu dapat diskaun sebab dah jadi member. Pandai sungguh cara mereka berbisness. Premis mereka menyediakan servis untuk muslim iaitu ditingkat atas salon. Tempatnya begitu ekslusif sekali. Tak hairanlah bayarannya pun agak mahal dan produk yang digunakan adalah Loreal Professional. Ini salah satu cara mereka buat marketing. Lepas bayar bill, aku pun bergegas pulang ke rumah mak. Kesian mak sebab tolong menjaga anak-anak selama 5 jam..hahaha..rambutku dah cantik..hihihi..







Sunday, September 27, 2009

Tags lagi..

Pulang dari bercuti Raya selama seminggu, masa aku free sangat2 la sekarang, so bila aku jengok blog Kelly910, saja aku isi masa dgn buat tag MY KNIGHT IN SHINING ARMOUR yang aku ambil dari blog Kelly910..sebab aku pun suka buat tag ni..

A Knight In Shining Armor

Author: Anonymous

In this world full of hurt and pain,
I need someone who would help me through the rain.
To comfort me when Im sad,
Doing everything just to make me glad.

In this world I need a Brave Knight,
Who would never give up any fight.
A knight who would dry away my tears,
Telling me to overcome my fears.

A knight who loves me for who I am inside,
With him there's nothing more I need to hide.
A person who will still be standing strong,
Eventhough everything has gone wrong.

I need someone who is willing to give me more,
Someone I can call my Knight In Shining Armor.

SO THE QUESTION AND ANSWER....

-SIAPA NAMA TEMAN HIDUP ANDA?
Ameruddin Bin Abdul Manaf

-BERIKAN 3 SEBAB ANDA PILIH DIA?
*he is my first love, the man taht i love very2 much..
*also can say love from the first sight in that times..
*sudah tertulis di azali,dialah suamiku..

-SEBAB TERTENTU ANDA SAYANG SANGAT SAMA DIA?
entahlah..susah dijelaskan sebab mind, body & soul memang sayang cinta sangat kat dia. dulu, kini dan selamanya..

-BERIKAN CIRI2 FIZIKAL YANG ADA PADA DIA?
susuk tubuh yang tegap, sasa dan berotot sebab dia pemain hokey dan football MSSM waktu sekolah dulu ..sekarang jadi coach hokey pulak, so maintain jer..anak matanya yang berwarna coklat, renungan seksi dan senyumannya yang bisa buat aku cair...fuhh!!lain-lain tu hanya kami berdua yang tahu..hihihi...

SENARAIKAN 3 PERKARA YANG ANDA BUAT BILA RINDU PADA DIA?
*kol dia ucap rindu..mesti dia paham..
*dengar lagu2 nostalgia yang mengingatkan percintaan kami pada zaman persekolahan dulu
*buka kembali album gambar dulu yang mengabadikan kenangan kami masa bercinta


-APA YANG KAMU BUAT JIKA TIBA2 EX-COUPLE DIA TIBA2 CONTACT DIA?
nothings wrong with that..cuma jangan terlebeh sudaaa....

-APA PENDAPAT KAMU DALAM MEMILIH PASANGAN?
kenali hati budinya dulu, kenal orang tuanya, dari mana asalnya..selain itu ikut instinct..jika sudah rasa dialah Mr.Right, so apa tunggu lagi..ikatlah si Dia agar tidak terlepas ke tangan orang lain...

-SAPA SASARAN TAGGED NI??
siapa2 je yang rasa rajin nak buat..




Awards from Diana my beloved niece



This is my first time received an awards. Actually i'm not hoping to get this awards becoz i'm newbie in blogging. Anyway,thanks to my beloved niece, Diana for your rewards..luv ya..


5 fakta menarik tentang pemberi award

1.Suara boleh tahan bila karaoke...
2.Patuh pada ibu bapa...especially her mother
2.kecik2 dulu suka nangis bila besar sore sedap rupanya..
3.Kuat makan..tapi badan tak besor2..
5.Sedikit malas terutamanya memasak, bila lapar baru ler nak memasak..hehe.jangan mare...

10 fakta tentang diri sendiri

1. Obsess especially tentang kecantikkan..suka make over diri sendiri..hahaha (perasan lawa la tuh...hihi)
2. Anak ke 3 antara 4 beradik..
3. Org panggil aku mieza, mama eja (forum RH), kakcik, kakja, kak mieza..
4. Bila dah start bercakap pot pet pot pet tak tau berhenti..ramah bila sudah kenal seseorang..
5. Suka karaoke..walaupun sore gitu2 aje...
6. i love my kids, my family, my friends very much...
7. Susah menolak bila orang minta tolong...
9. Shopaholic, tak ingat dunia bila ada duit lebih sket..
10.Suka berkawan dengan sesiapa saja, tak memilih bulu ler..sume boleh kawan...

10 orang yang dipilih utk diberikan award

1. Lady of Leisure
2. Risa
3. Pijot
4. Kelly910
5. Sape2 saja..
6. Sape2 yang sudi singgah blog saye..
7. Sape lagi ek...sesiapa saje..
8. Sape2 yang rasa layak dapat awards ni..gold gitu...
9. Sape2 yang rasa diri encem..
10. Sape2 rasa diri lawa...amik ler..free je..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin