FOLLOWERS

Monday, September 14, 2009

Perkembangan Anak-Anakku..



ALISHA..
Baby Alisha sekarang dah pandai menyulur (orang Kedah cakap), iaitu bergerak dengan menolak dengan tangan dan belum pandai menggunakan lutut. Bila dia excited nak ambil objek atau toys, mulalah dia crawling pergi kepada objek tersebut. Aku gelarkan Alisha My Little Turtoise. Dalam pada itu dalam fikiran aku ialah tahap keselamatan bayiku. Baby ni, bila dah mula belajar merangkak, mulalah dia nampak objek-ojek di atas lantai dan mulalah dia kutip dan masukkan ke dalam mulut. Aku memang dah alertkan anak-anak yang lain supaya tidak sepahkan lantai dan minta mereka mengemas balik sekiranya bermain di ruang tamu, sebab ruang tamu adalah dunia Baby Alisha. Disitulah Alisha menerokai dunia barunya dan ruangan untuk bermain. Aku fikir nak masukkan Alisha dalam Walker, tapi aku risau takut Ayuni tolak walker tersebut, sebab Ayuni pun bukanlah berapa cerdik lagi. Kalau nak masukkan juga kena ada Amira tolong tengok-tengokkan adik-adiknya. Susah juga nak membesarkan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian.
AYUNI..
Ayuni baru berumur 3 tahun 2 bulan dan masih memerlukan perhatian yang lebih dari Alisha sebab Ayuni lebih aktif dan lasak. Setiap pergerakkan Ayuni kena selalu diperhatikan. Anakku ini aktif nak pergerakkannya tidak terbatas. Pernah sekali Ayuni menuang serbuk pencuci pakaian dan juga sebotol softener ke dalam washing mashine. Masa itu, aku tiada dirumah kerana pergi ke rumah babysitter mengambil Alisha. Kebetulan Amira tertidur keletihan selepas pulang dari mengaji Al-Quran. Bayangkanlah habis sebungkus serbuk pencuci yang baru dibuka dan sebotol softener yang baru setengah botol diguna. Tapi aku bersabar, kalau tak teruk juga Ayuni dikerjakan. Selalunya Amiralah yang menjadi mangsa untuk jaga Ayuni. Syukurlah Amira sudah besar dan seorang kakak yang boleh diharapkan untuk menjaga adik-adik. Kalau tidak, tak tahulah nak buat macamana..

1 comment:

Lady of Leisure said...

bahaya kan kalau ada apa2 menda atas lantai... bebudak suka kutip makan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin