FOLLOWERS

Tuesday, September 22, 2009

Last Minit Shopping




Hari Jumaat,19/9/09, dua hari sebelum Hari Raya, aku ke bandar Alor Star untuk menukar wang baru di bank dan membeli kelengkapan raya yang masih tertinggal iaitu songkok dan sampin Ammar. Sebelum itu, aku singgah ke ATM untuk mengeluarkan wang. Aku lihat ramai orang beratur untuk mengeluarkan wang masing-masing. Maklumlah semua orang nak pakai duit untuk menyambut hari raya. Aku menanyakan staff bank, ada tak wang kertas baru RM5, tetapi wang kertas tersebut sudah habis ditukar orang ramai, yang ada hanya wang RM1.., tanpa berlengah aku pun menukar wang kertas tersebut. Selepas itu aku ke deretan bazar menjual pakaian dan kelengkapan untuk menyambut hari raya untuk membeli songkok dan sampin untuk anak lelakiku. Selepas membeli barang-barang tersebut aku ke kedai bunga hiasan yang terletak di Jalan Langgar berdekatan dengan Kamdar. Dalam kedai kulihat ramai orang sedang memilih jambangan bunga hiasan untuk menyerikan lagi ruang tamu rumah masing-masing. Layanan yang diberikan oleh tuan punya kedai bunga berbangsa cina itu amat baik sekali. Kedua-dua lelaki cina itu amat ramah, maka tak hairanlah ramai orang mengunjungi kedai mereka. Gubahan bunga pun amat cantik dan ada kelas serta harganya amat murah. Itu memang ku puji. Aku pun menempah satu jambangan bunga hiasan untuk diletakkan di satu sudut ruang tamu rumahku..dalam hatiku "hmmm...duitku keluar mengalir macam air, semua nak beli, tapi aku kena berbelanja dengan bijak agar lepas raya, poket tak kosong..hahaha..". Sebagai wanita bekerja dan juga seorang ibu, aku kenalah bijak berbelanja agar tidak membazir. Membazir itu kan amalan syaitan..Selepas berbelanja membeli barangan-barangan tersebut, aku pun pulang ke rumah. Selepas itu ke dapur pula untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Hari itu aku menyediakan kueteow teng saja. Mudah dan ringkas, serta cepat dimasak..letih badan hari ni sebab bershopping di bulan puasa..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin