FOLLOWERS

Tuesday, September 22, 2009

Balik Kampung..hohoho..Balik Kampung...


Jalan ke kampungku


Permandangan Gunung Jerai dari jauh...


Pekan Sungai Yan


Jalan Jammed..

Balik kampung..hohoho..balik kampung..lagu nyanyian arwah Sudirman yang sinonim dengan Hari Raya. Bila hari Raya semua orang, terutamanya yang tinggal di bandar mengambil kesempatan cuti raya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Kampung Singkir Genting, tempat lahirku, sebuah kampung yang amat tenang dan damai. Terletak di kaki Gunung Jerai, gunung yang tertinggi di negeri Kedah. Selepas bersembahyang raya dan ke rumah MIL yang tak berapa jauh dari rumahku di Alor Star, kami pun bertolak pulang ke kampung. Seronok sungguh dapat pulang ke kampung walaupun kami sudah pun pulang pada bulan puasa dulu. Disana ada emak, ayah, kakakku, abang ipar serta anak-anak buahku. Anak-anakku pun seronok sungguh dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka. Dalam perjalanan ke kampung, kulihat dari jauh permandangan Gunung Jerai yang diseliputi kabus. Dikiri kanan jalanraya dikelilingi sawah padi yang baru saja dituai. Petang itu, hujan turun rintik-rintik sahaja. Bila sampai ke persimpangan Pekan Sungai Yan, perjalanan kami tergendala kerana traffic jammed. Banyak kenderaan melalui kawasan tersebut. Aku ingat Bandaraya KL dan Bandaraya Alor Star saja yang jammed, tapi Pekan Sungai Yan pun jammed jugak. Pada pendapat aku, pihak JKR perlu menaiktaraf infrastruktur di Pekan Sungai Yan ini serta melebarkan jalanraya daripada satu kepada dua lane, barulah kenderaan berjalan lancar..Perjalanan ke kampung yang biasanya mengambil masa selama 1 jam menjadi 1 setengah jam disebabkan kesesakkan jalanraya. Setelah selamat tiba ke destinasi, aku terus membersihkan diri dan selepas itu aku menjengok ke dapur mencari nasi himpit dan kuah kacang yang mak buat khas untuk aku sebab aku masih lagi berpantang makan ketupat sebab c-zer dulu..badan nak kena jaga jugak, nak guna lama..hehehe...
Malam itu aku tidur dengan nyenyak sekali, dengan keadaan cuaca yang sejuk di kampungku, di kaki Gunung Jerai...










No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin