FOLLOWERS

Thursday, August 27, 2009

Andai dapat ku undurkan masa....


Dalam kesibukkan urusan kerja dan urusan keluarga dan anak-anak, tiba-tiba aja aku teringat akan zaman persekolahan dulu. Seingat aku, dulu aku banyak bermain masa persekolahan. Orang kata budak nakal la..tapi taklah sampai panjat pagar asrama atau ponteng kelas. Tapi dari segi pembelajaran aku ok je. Result SPM aku ok, dan melayakkan aku untuk apply IPTA, tapi keluargaku susah masa tu. Ayahku cuma pemandu bas ekspress dan mak pulak surirumah sepenuh masa. Aku teringin jugak untuk sambung pelajaranku, tapi memandangkan keadaan ekonomi masa itu tak mengizinkan, aku terpaksa membatalkan niatku, walaupun dalam hati aku mahu..
Waktu itu aku cemburu pada kawan-kawan yang rapat denganku. Mereka dapat menyambung pelajaran mereka ke IPTA. Aku cuma ada Sijil SPM aja. Dengan sijil itu aku dapat bekerja sebagai kerani. Aku tak menyalahkan mak dan ayah, mungkin nasibku tak sebaik teman2 rapatku. Aku pasrah dengan ketentuan Illahi..
Sudah 16 tahun waktu itu berlalu, tapi terasa macam baru je..mengalir airmataku bila dikenang-kenang kembali waktu itu..mengapalah aku mengalah dengan takdir, mengapa aku tidak berusaha untuk berjaya..mengapa....mengapa...mungkin aku masih muda pada masa itu dan masih belum matang berfikir..dan aku bukanlah seorang yang suka memberontak jika tidak mendapat apa yang diinginkan. Semua keinginan itu aku pendam saja dalam hati..
Sekarang ini pun semangat untuk berjaya itu tetap ada. Aku berazam untuk berjaya di dalam bidang pekerjaan dan bisness yang aku buat secara part time ini. Aku juga mempunyai legasi untuk menjayakan cita-citaku selama ini..harapanku sekarang adalah pada anakku Amira. Anakku ini seorang pelajar yang rajin dan cemerlang di dalam kelas dan aku amat berharap agar Amira boleh score 5A dalam UPSR. Borang untuk masuk ke sekolah berasrama penuh telahpun ku isi setelah diberi oleh guru kelas Amira..semoga Allah mengabulkan permintaanku ini..aku tidak mahu anakku menjadi seperti aku..aku mahu anakku itu berjaya di dalam pelajaran sehingga ke menara gading dan pulang membawa segulung ijazah dan menjadi anak yang soleh serta berbakti kepada masyarakat kerana kata anakku dia bercita-cita menjadi seorang doktor pakar kanak-kanak.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin