H1N1? mula-mula aku tak berapa kisah sangat pasal virus ni. Sejak penularan ke peringkat tempatan aku mula gundah gulana..he.he. bahasa sastera plak..Setahu aku virus ini merebak melalui sentuhan secara direct ngan pesakit, atau melalui udara. Sebab itu pemakaian mask amat digalakkan untuk mengurangkan penularan virus ni.
Susah hati aku bila fikirkan anak2ku yang bersekolah..apalah yang mereka tahu secara spesifik pasal virus ni. Semalam aku beli topeng 'mask' untuk anak2ku kesekolah..aku rasa pihak sekolah patut menyediakan 'mask' untuk murid2 dan pelajar2nya. Tapi tiada apa-apa tindakan setakat ini. Orang ramai masih leka seolah2 tiada apa yang nak ditakutkan dengan penularan virus ni. Setakat ini virus ni dah meragut nyawa seramai 18 orang di Malaysia. Ada rumours menyatakan wabak penyakit ini akan meragut lebih lagi nyawa dan dianggarkan seramai 28,000 orang di Malaysia. Entahlah betul atau tak..
No comments:
Post a Comment