FOLLOWERS

Saturday, August 1, 2009

Release Tension...


Sudah beberapa minggu aku plan dengan Kakna nak pergi berkelah dan berBBQ di Pantai Merdeka. Bila tiba harinya kami pun pergi.Aku drive sendiri Kancil dan Abang Iparku 'Bang Din" bawa Citra. Hubbyku 'Amer' tak jadi pegi last2 minit. Dalam hatiku memanglah tak berapa seronok,tapi apakan daya..kami cuma merancang..hubbyku tak jadi pergi sebab kena buat keje overtime kat PPD Alor Star. Hmm..biarlah...nak buat camne..Kami bertolak lepas jumaat 31 Julai 2009. Kebetulan 'Birthday' Ayuni anakku yang paling nakal dan yang tersangatlah 'activenya' yang ke 3 tahun jatuh sehari sebelumnya iaitu 30 Julai 2009, ,aku plan nak sambut kat sanalah walaupun dengan ketiadaan hubbyku. Kami check in pukul 3.00 ptg di Merdeka Beach Resort. Lepas check in aku ambil kesempatan merakamkan gambar2 permandangan di Pantai Merdeka. Air lautnya tidaklah sebiru seperti pantai2 di Langkawi. Dapat juga snap gambar matahari terbenam. Malamnya, abangku 'Abg Gee' turut serta. Apalagi riuh rendahlah kami malam tu berBBQ dan masak steamboat..hmm..yummmy..Angin malam di Pantai Merdeka bertiup agak kuat..kami berBBQ diluar chalet..walaupun lampu jalan tak berapa terang, habis jgak ayam, sosej, steamboat kami makan..semua orang dah kekenyangan, kek Ayuni belum lagi dipotong, ingat besoklah buat sesi potong Birthday Cake, coz sume orang masing2 dah 'full'. Setelah selesai BBQ kami pun masuk ke bilik..mata masing2 dah mengantuk..aku dan anak2 tidur berhimpit2 di dalam dalam bilik..entah kenapa aku terkenang pada hubbyku "agaknya tengah buat apalah dia" dah makan ke belum...selepas menidurkan Alisha, mataku pun terpejam dibuai lena dek keletihan dan kekenyangan..
Pagi 1 Ogos, kami bersarapan dengan cucur cempedak yang dimasak oleh Kakna..selepas itu kami memotong kek birthday Ayuni..'Happy Birthday anak Mama'..selepas sarapan, anak-anakku serta anak buahku turun mandi laut..memang happy sungguh anak2ku sebab dah lama tak mandi laut..selepas mandi kami berkemas pulang, lepas check out kami pun pulang..pulang dengan episod gembira dalam hati anak2ku..dalam hatiku tiada siapa yang tahu...













No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin