FOLLOWERS

Friday, December 18, 2009

Selangkah Menuju Kejayaan

Assalamualaikum...
Sudah lama tak jengok blog sampai bersawang..hehehe..
Entri kali, walau agak lewat, Mieza ingin berkongsi kegembiraan Mieza dengan kawan-kawan dan pembaca yang sudi singgah ke blog Mieza ni.
UPSR sudah lama diumumkan iaitu 19 November 2009 lalu. Disebabkan kesibukkan kerja, tak sempat nak updatekan keputusan UPSR Amira, anak perempuan Mieza yang sulung tu.
Alhamdulillah, berkat usaha yang gigih anakku itu, Amira dapat keputusan cemerlang iaitu 5A dan menjadi pelajar contoh disekolahnya. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana, bukanlah alasan untuk berjaya dan mencapai cita-cita..
Pada hari keputusan UPSR 2009 diumumkan, Mieza tidak menyangka bahawa anak Mieza akan diumumkan sebagai pelajar terbaik. Sebaik sahaja diumumkan terbaik, wartawan datang menyerbu dan bertanyakan pelbagai soalan dan mengambil gambar kami tiga beranak ..... malu jugak haritu...dan rasa femes lak..hahaha..

Dibawah ini ada beberapa gambar yang Mieza ambil dari beberapa akhbar untuk dikongsi bersama kawan-kawan...


Pelajar cemerlang lambung topi konvokesyen di Sek. Keb. Taman Uda, Alor Star.





MONOLOG UNTUK AMIRA...
Untuk anakku, Amira...
Perjalananmu baru saja bermula, ini adalah titik permulaan untuk melangkah ke arah kejayaan, banyak lagi onak dan duri yang perlu ditempuh, bukan mudah untuk mencapai kejayaan jika tidak berusaha dengan gigih..harapan mama agar kakak berjaya hingga sampai Menara Gading, Mama dan Abah serta keluarga kita sentiasa berada dibelakangmu..Mama sayang kakak..

9 comments:

Lady of Leisure said...

tahniah kak.. lady tumpang gembira dengan kejayaan Amira... semoga Amira akan terus berjaya dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan semua..insyaALlah..

by the way lady nak ucapkan salam maal hijrah untuk akak sekeluarga...
dan selamat berhujung minggu..
:)

MIEZA said...

Thanks Lady,
Alhamdulillah setakat ini...harap2 lepas masuk sekolah menengah dia akan maintain jer cemerlang tu..
Akak pun nak ucapkan salam maal hijrah buat lady gak..thanks coz selalu komen entri akak... :)

fisa othman said...

wah!!!!!congrats amira...
seronoknya tgk...
terasa bangga la plak...;)
keep up good marks yeah...

eynda said...

Tahniah amira....semoga lebih cemerlang di masa akan datang.... :-)

MIEZA said...

fisa & Enyda
Alhamdulillah..syukur pada Allah..semoga Amira lebih cemerlang dimasa akan datang...Insyaallah...

Ummi HusnaDania said...

tahniah..waa siap masuk paper lg :-)

♫:ch3nta atikuh:♫ said...

Congrats...
bestnyer perasaan tu kan kak bler anak dpt keputusan cemerlang...
lg2 akak femes sekejap hehehe =)
nway epy new year akak..

MIEZA said...

Ismadania & Chenta atikuh,haha...siap masuk paper tu..femes la haritu...
Happy New Year dear...

Ain FauZee said...

wow!!! saya tumpang bangga...tahniah!!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin