FOLLOWERS

Monday, September 14, 2009

Perkembangan Anak-Anakku..



ALISHA..
Baby Alisha sekarang dah pandai menyulur (orang Kedah cakap), iaitu bergerak dengan menolak dengan tangan dan belum pandai menggunakan lutut. Bila dia excited nak ambil objek atau toys, mulalah dia crawling pergi kepada objek tersebut. Aku gelarkan Alisha My Little Turtoise. Dalam pada itu dalam fikiran aku ialah tahap keselamatan bayiku. Baby ni, bila dah mula belajar merangkak, mulalah dia nampak objek-ojek di atas lantai dan mulalah dia kutip dan masukkan ke dalam mulut. Aku memang dah alertkan anak-anak yang lain supaya tidak sepahkan lantai dan minta mereka mengemas balik sekiranya bermain di ruang tamu, sebab ruang tamu adalah dunia Baby Alisha. Disitulah Alisha menerokai dunia barunya dan ruangan untuk bermain. Aku fikir nak masukkan Alisha dalam Walker, tapi aku risau takut Ayuni tolak walker tersebut, sebab Ayuni pun bukanlah berapa cerdik lagi. Kalau nak masukkan juga kena ada Amira tolong tengok-tengokkan adik-adiknya. Susah juga nak membesarkan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian.
AYUNI..
Ayuni baru berumur 3 tahun 2 bulan dan masih memerlukan perhatian yang lebih dari Alisha sebab Ayuni lebih aktif dan lasak. Setiap pergerakkan Ayuni kena selalu diperhatikan. Anakku ini aktif nak pergerakkannya tidak terbatas. Pernah sekali Ayuni menuang serbuk pencuci pakaian dan juga sebotol softener ke dalam washing mashine. Masa itu, aku tiada dirumah kerana pergi ke rumah babysitter mengambil Alisha. Kebetulan Amira tertidur keletihan selepas pulang dari mengaji Al-Quran. Bayangkanlah habis sebungkus serbuk pencuci yang baru dibuka dan sebotol softener yang baru setengah botol diguna. Tapi aku bersabar, kalau tak teruk juga Ayuni dikerjakan. Selalunya Amiralah yang menjadi mangsa untuk jaga Ayuni. Syukurlah Amira sudah besar dan seorang kakak yang boleh diharapkan untuk menjaga adik-adik. Kalau tidak, tak tahulah nak buat macamana..

Sunday, September 13, 2009

Tag Dari Diana

Tag ni saya dapat dari anak saudara saya, Kak Long Diana. Kebetulan kerja-kerja kat office kurang sikit hari ni, so dapatlah saya meluangkan masa menjawab tag ini..

1. Anda rasa anda hawt?


Dulu adalah..skrg ni kurang sket..hahaha..


2. Upload gamba kesayangan anda


D1.

3. Kenapa anda suka ini?

Hari perkahwinan saya..mengingatkan saya tentang hari bahagia kami berdua...huhuhu..


4. Bila kali terakhir makan pizza?
Pizza...hmm..sebelum bulan puasa, lunch dgn officemates..


5. Apa yang anda buat sambil menyelesaikan tag ini?
Sambil dengar lagu-lagu raya...


6. Selain nama anda sendiri anda suka dipanggil dengan nama apa?
Mama, Kakja, Kakcik, Makcik..


7. Tag lagi 6 orang tanpa kekesalan.
Hasrisa, Ladybirdluvone, Lady of Leisure, Pijapijot, Darling, Luv is Chenta,


8. Siapa no.1 kpada anda?
My Family..


9. Bagaimana pula dengan no. 3?
My beloved nieces and nephews..


10. Bagaimana pula yang no. 4?
sape2 yg bace blog ni..


11. Katakan sesuatu kpada orang ke 2
I'm still loving u 4 eva...

12. Anda juga mungkin meminati?
Watak Adam sekarang aka Remy Ishak(Nur Kasih)..hahaha..

Wednesday, September 9, 2009

UNDER CONSTRUCTION...

Kawan-Kawan yang mengikut blog ini dan semua pembaca yang dihormati, buat masa sekarang saya tengah memikirkan untuk mencantikkan blog saya aka ingin menukar suasana baru dalam blog saya. Maklumlah kan nak raya..rumah pun perlu dibersihkan dan dicat..begitu juga blog saya..maaflah jika terdapat sebarang kecacatan yang mungkin secara sedar atau tak sekiranya kawan-kawan masuk ke blog ini..harap maaf ye..

Thursday, September 3, 2009

MASAK MASAK BULAN POSE

Assalamualaikum...
Sebelum memulakan cerita, aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Beribadah kepada semua kawan-kawan yang sudi membaca blog santai ini..Sedar tak sedar sudah 13 hari kita berpuasa..letih sangat badan ni..tapi aku tetap teruja untuk updatekan blogku ini..
Sejak mula berjinak-jinak berblog ni, ditanganku sentiasa memegang handphone..sampai somiku pun perasan. "Hobi apa plaklah Cik Mieza ni dapat", mesti dia fikir macam tu..he.he..
Oklah..berbalik kepada bulan puasa ni, walaupun bekerja, badan letih, tapi sampai dirumah aje mulalah aku menyinsing lengan memasak. Mujurlah somiku rajin menolongku di dapur. Dia tolong kupas bawang, potong sayur, menyiang ikan..assistant chef la katakan, aku pun apa lagi suruh itu ini..sampai dia kata "apalagi nak buat boss?". Bila ada assistant ni masa memasak pun menjadi cepat dan dapatlah aku berehat sebentar sementara menunggu waktu berbuka..
Disini ingin aku share dengan kawan-kawan semua beberapa menu yang aku sempat ambil gambar untuk tatapan korang..





Macam mana? Mesti teliurkan tengok gambar-gambar menu yang aku sediakan ini, tapi tidaklah sesedap makan di restoran eksklusif ataupun di hotel 5 bintang, tapi aku berbangga dapat menyediakan juadah berbuka untuk somi dan anak-anak..





































LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin