FOLLOWERS

Sunday, October 18, 2009

Damainya Kampungku..

Agak lama juga saya tak update di blog ni disebabkan busy dengan kerja-kerja office. Sebenarnya entri ni dah lama, tapi tak sempat nak post..
Kali ini saya ingin bercerita tentang kampung kelahiran saya, Kampung Singkir Genting, Yan, Kedah.Di kampung ada mak, ayah, kakak saya, Kak Ina, suami dia, dan 3 orang anak buah saya. Saat paling bahagia buat saya adalah pulang ke kampung dan kesempatan cuti Jumaat dan Sabtu saya habiskan disana.
Kampung saya terkenal dengan dusun buah-buahan kayu seperti durian,cempedak, langsat, rambai, manggis, rambutan dan berbagai-bagai jenis buah-buahan tempatan. Belakang rumah mak ada sebatang sungai yang jernih, mengalir dari kaki Gunung Jerai dan terdapat rekreasi perkelahan di situ, dan orang-orang kampung menggelarkan tempat itu Sungai Tok Selang. Walaupun airnya tidaklah sedalam mana, tapi ramai jugak keluarga datang beriadah disitu. Kanak-kanak yang paling suka mandi disitu kerana airnya cetek..tapi saya tak mandilah disitu, anak-anak je yang seronok mandi..
Dulu masa saya kecil dan remaja adalah mandi dekat situ..seronok...heeee..



Projek Ladang Manggis Organik



Jernihnya air sungai yang mengalir dari kaki Gunung Jerai..





Budak-budak kampung panjat pokok lepas tu terjun ke dalam sungai..



Rumah mak...



Jalan kampung..

Kepada kawan-kawan semua, jemputlah ke rumah mak saya bila cuti sekolah..boleh bermandi-manda disungai..tapi kena datang time musim buah, baru happening...

5 comments:

Lady of Leisure said...

lama tak nampak akak..
wah bestnya kampung akak ni..
paling lady suka tgk air sungai yg jernih tu... dari gunung jerai plak kan.. mesti sejuk airnya kan..

fisa othman said...

time blajar dlu fisa pnh g umah kengkwn kat kedah..hehehe almost 2 weeks kat sna..melepak dr 1 daerah ke 1 daerah...hehehe...ader yg kat jitra, merbok, kuala nerang, alor star..rinduuu sgt nk ke kedah...

MIEZA said...

Lady, akak busy sikit lately, maklumlah kerja pejabat melambak-lambak, nak nak dah nak dekat hujung tahun, government ngan private sector nak closed account, tengah pulun habiskan claim ni for this year ending..
Air sungai tu memang sejuk, masa akak kecik-kecik dulu kalau nak mandi tunggu pukul 12.00 tengahari baru mandi sebab sejuk..hehehe...

MIEZA said...

fisa, datang je kat Kedah, macam-macam ada...hahaha...

eynda said...

Mieza...biras eynda orang Yan tapi eynda tak tau nama kampung tu apa...selalu jugak pegi...dekat dgn kaki gunung jerai :-)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin