FOLLOWERS

Tuesday, October 6, 2009

Cabaran Diet Mieza

Hehehe..mula-mula malu juga nak cerita pasal cabaran dietku ni, takut jugak tak tercapai..bukan senang nak menurunkan berat badan ni..tapi bila fikir dua tiga kali, mahu tak mahu, ku mencabarkan diriku untuk menurunkan berat badanku yang dah agak berisi ni sebanyak 6 kg..boleh ke tak? Dimana ada kemahuan di situ ada jalannya...kena pegang prinsip ni..

Orang cakap jangan makan nasi kerana boleh mengemukkan. Betulkah? Sejak dari kecil lagi makanan ruji kita adalah nasi. Bolehkah kita gantikan nasi dengan makanan rendah karbohidrat iaitu 'low carbohidrat'. Tidak...kena makan juga walaupun sedikit. Mengikut kaedah 'Atkin's Diet', kita tidak perlu kelaparan kerana tidak makan, sebaliknya kita boleh mengambil makanan yang mengenyangkan dengan mengatur makanan rendah karbohidrat dalam menu seharian kita dan ianya berbeza dengan cara diet rendah kalori. Senaman juga penting untuk menyihatkan badan kita, disamping mengeluarkan toksin dalam badan dengan mengeluarkan peluh serta membakar kalori di dalam badan kita. Saya memperuntukkan cuma sekali sahaja seminggu untuk berjoging kerana tidak mempunyai banyak masa disebabkan kesibukkan bekerja dan melayan anak-anak dirumah apabila cuti.


Berat Sekarang = 59kg
Tinggi = 153cm
BMI = 25.2kg/m2 (Overweight)
Sasaran berat = 53kg
Sasaran penurunan = 6kg

Menu-menu dibawah adalah contoh menu-menu diet yang saya amalkan, sesetengah menu ada juga yang saya aplikasikan dengan menu yang saya google dari internet..

Contoh Menu Diet Ahad-Khamis

Sarapan pagi dan makan tengahari tanpa nasi putih, mi dan pasta (terpaksalah ku tahan...ku sangat suka pasta)

Sarapan pagi (saya rotate)

1. Sebiji epal dan 2 butir telur rebus.
2. Tauhu jepun dan brokoli masak sos tiram
3. Roti Wholemeal dan 2 butir telur rebus
4. Frozen Vegetables masak sos tiram dan 2 butir telur rebus

Makan tengahari & malam -dengan nasi-separuh sahaja

1. Ayam goreng, sup sayur dan telur mata
2. Sayur campur, ikan masak asam, tauhu jepun sos tiram
3. Ikan asam pedas, sayur campur
4. Tomyam campur
5. Sawi putih masak sos tiram

Nampak macam tak sedapkan? Tapi apakan daya...ku ingin kurus semula....

Snack (kudapan)

Epal, pisang, betik, honeydew, limau sunkist serta rojak.

Menu Jumaat & Sabtu
Hari ini adalah hari kebebasan buat saya untuk makan kegemaran yang saya suka tapi kena berhati-hati dengan kandungan kalorinya..


Semoga saya dapat menurunkan berat badan secara perlahan-lahan dan dapat memakai semula pakaian kegemaran dan mengembalikan keyakinan saya semula..Insyaallah.

Bentuk badan sekarang p/s*..jangan ketawa..tapi saya nak ketawa jugak..hahaha..



Bentuk badan yang menjadi impian saya




Tapi...ada tapinya, walaupun memang susah untuk mendapatkan bentuk badan macam Kim Kardashian sebab dia tinggi dan saya pula rendah, tapi seakan-akan pun jadilah..{^~^}

Kepada kawan-kawan yang sedang berusaha berdiet tu, janganlah buat secara 'crash diet', sebab nanti bila kita berhenti berdiet, berat badan kita akan naik secara mendadak dan tidak kekal lama, bak kata orang simptom 'YO YO'. Lebih baik kita buat secara perlahan-lahan dan bertahan lama, sebab perut kita sudah terbiasa..

'Selamat Mencuba' bersama-sama...chaiyok! chaiyok!


10 comments:

Lady of Leisure said...

akak.. lady pun tengah nak diet gak ni kak.. kita start diet ya.. tapi pun lady makan nasi setengah senduk jer...
kenyang jugak, makan banyak sblm ni nafsu makan tu yg lebih..
takpe kak, kita kuatkan semangat untuk menolak makanan yg sedap2 nih ok..
:)
chaiyok!

Pijot said...

salam... kak... chaiyok! chaiyok! ... sy sokong usaha akk tuh... hehehhehe...

MIEZA said...

Ledibet, Lady Of Leisure, Pijot...
Thanks bagi semangat kat akak..cara ni jelah yang termurah pun..hahaha..janji kurus..
chaiyok! chaiyok!

sasha @ mumyalyaqil said...

usaha tangga kejayaan sis..
me pun sedang berusaha sekeras2 nya ni..semoga kita sesama berjaya kuruskan badan..hehehe :P

Norita said...

mieza, teruskan usaha!
semoga berjaya...jangan sekerat jalan okey!

Ain Rahim said...

wow!!!semuge berjaya yer sis...chiyok2!!

MIEZA said...

Sasha, Norita & Ain,
Thanks coz bagi sokongan kuat kat saya...Insyaallah, berjaya..chaiyok! chaiyok! :-)

eynda said...

Gud luck mieza :-)

MIEZA said...
This comment has been removed by the author.
MIEZA said...

Thanks Eynda...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin