FOLLOWERS

Friday, December 18, 2009

Selangkah Menuju Kejayaan

Assalamualaikum...
Sudah lama tak jengok blog sampai bersawang..hehehe..
Entri kali, walau agak lewat, Mieza ingin berkongsi kegembiraan Mieza dengan kawan-kawan dan pembaca yang sudi singgah ke blog Mieza ni.
UPSR sudah lama diumumkan iaitu 19 November 2009 lalu. Disebabkan kesibukkan kerja, tak sempat nak updatekan keputusan UPSR Amira, anak perempuan Mieza yang sulung tu.
Alhamdulillah, berkat usaha yang gigih anakku itu, Amira dapat keputusan cemerlang iaitu 5A dan menjadi pelajar contoh disekolahnya. Walaupun dilahirkan di dalam keluarga yang sederhana, bukanlah alasan untuk berjaya dan mencapai cita-cita..
Pada hari keputusan UPSR 2009 diumumkan, Mieza tidak menyangka bahawa anak Mieza akan diumumkan sebagai pelajar terbaik. Sebaik sahaja diumumkan terbaik, wartawan datang menyerbu dan bertanyakan pelbagai soalan dan mengambil gambar kami tiga beranak ..... malu jugak haritu...dan rasa femes lak..hahaha..

Dibawah ini ada beberapa gambar yang Mieza ambil dari beberapa akhbar untuk dikongsi bersama kawan-kawan...


Pelajar cemerlang lambung topi konvokesyen di Sek. Keb. Taman Uda, Alor Star.





MONOLOG UNTUK AMIRA...
Untuk anakku, Amira...
Perjalananmu baru saja bermula, ini adalah titik permulaan untuk melangkah ke arah kejayaan, banyak lagi onak dan duri yang perlu ditempuh, bukan mudah untuk mencapai kejayaan jika tidak berusaha dengan gigih..harapan mama agar kakak berjaya hingga sampai Menara Gading, Mama dan Abah serta keluarga kita sentiasa berada dibelakangmu..Mama sayang kakak..

Thursday, December 10, 2009

Sorry ya kawan-kawan


Kawan-kawan tersayang,
Maafkan Mieza andainya dah lama tak update blog ni, bukannya tak ada cerita yang nak dikongsi, tetapi situasi tak mengizinkan untuk updatekan cerita-cerita terbaru buat kawan-kawan. Nak tahu kenapa? Hehehe...Mieza dah kantoi...sekarang kat office dah tak boleh nak surfing internet macam biasa. Hak itu telah ditarik balik oleh boss Mieza. Maybe dia tak mahu staff menggunakan kemudahan internet di pejabat disalahgunakan oleh pekerja. Biarlah..mungkin ada hikmahya dia buat macam tu..walaupun hati sakit mengenangkannya, tapi Mieza kena fikirkan dari sudut lain, kenapa boss buat macam tu..so Mieza terima seadanya..
Walaupun tak boleh online lama, Mieza sentiasa buka blog Mieza, nak tahu perkembangan kawan-kawan semua...Insyaallah, kalau ada rezeki, Mieza ingat nak pasang streamyx kat rumah, biar dapat berhubung semula dengan kawan-kawan...
So..tunggu...i will come back soon...



Wednesday, December 2, 2009

Birthday Alya

Happy Birthday Alya..Alya, anak saudaraku sambut birthday yang ke 3 tahun di kampung sempena cuti Raya Haji yang lalu. Adikku, Yana dan suaminya bekerja dan tinggal di Putrajaya. Yana memang merancang nak sambut birthday Alya di kampung sempena pulang bercuti pada Raya Haji lalu. Birthday Alya sebenarnya jatuh pada 12 Disember 2009, tapi kami plan nak buat awal sebab kebetulan semua orang berkumpul dirumah mak waktu itu..lihatlah kegembiraan anak-anak dan anak-anak saudaraku yang ramai itu bila bertemu...



Birthday Girl - Alya yang manja


Birthday Cake - Chocolate Walnut by Secret Recipe sodapp



Tengah tunggu nak tiup lilin



Nangis plak, lambat benar nak tiup lilin ni...



Alya and my notty daughter Ayuni

Gambar-Gambar kegembiraan anak-anak


Seronoknya minum fruit coctail


peace!


hoorayyy..


smile!


Alisha n her cousin sister


Alisha with her cousin sister..lega sikit ramai yang tolong jaga..hihihi..

Apapun memang happening lah haritu, mana gambar saya?..huhuhu..takleh la nak show kat blog ni, coz free hair...malu la...
Memang begitu meriahlah rumah mak bila anak-anak dan cucu-cucu berkumpul, bergelak ketawa, bermain, berjenaka bersama-sama...


Monday, November 16, 2009

Untuk Renungan Bersama


Sejak akhir-akhir ini, saya sering menilai diri sendiri adakah sudah sempurna atau masih banyak lagi kekurangan-kekurangan yang perlu diperbetulkan sebagai hamba Allah, samada menjalani kehidupan seharian dan juga ditempat kerja.
Ye lahkan..manusia tak sempurna, oleh itu kawan-kawan marilah kita menilai diri kita sendiri dan berusaha meningkatkan keperibadian kita sebagai orang muslim di muka bumi Allah ini....

Terdapat beberapa artikel yang saya jumpa di dalam internet yang ingin saya kongsi dengan kawan-kawan semua...

Adab Terhadap Diri Sendiri

Kaum muslimin percaya bahwa kebahagian di dunia dan akhirat bergantung pada perilaku dan adab terhadap diri sendiri dan pada kesucian serta kebersihan jiwa. Begitu juga dengan kesengsaraan disebabkan kerosakan dan kekotoran jiwa hal ini nyata dalam firman Allah :

“ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”
( Asy-Syam [ 91] 9-10)

Rasullullah bersabda :

“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila melakukan sesuatu dosa terjadilah bintik hitam dalam hatinya. Bila dia bertaubat dan menghentikan dosanya dan mencela perbuatannya, hatinya akan bersinar kembali, dan apabila dosanya bertambah, akan bertambah pula bintik hitam itu hingga hatinya akan tertutup….”
( Nasa’i dan Tarmizi, hadis hasan sahih)

Oleh yang demikian kaum muslim haruslah berusaha menjaga dirinya dengan membersih dan menyucikan jiwanya. Kerana jiwa yang suci dan bersih dapat menjauhkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan boleh merosakkan. Beberapa langkah yang perlu di lalui untuk mencapai kesucian jiwa iaitu :

a. Taubat

Taubat yang bermaksud menyucikan diri dari dosa dan maksiat, menyesali segala dosa yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak mengulangi. Seperti firman Allah yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai….”
(at-Tahrim[66] : 8)

Dan sabda Rasullullah :

“ Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari seratus kali ”
( Muslim )

b. Muraqabah ( Pengawasan )

Umat Islam sentiasa merasakan setiap perbuatan dan pergerakan diawasi oleh Allah. Sehingga mereka yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan dan megetahui segala yang nyata mahupun tersembunyi.Dengan keyakinan itulah manusia merasakan jiwanya tenang mengingati Allah dan puas mendampingiNYA. Ia di nyatakan dalam firman Allah :

“ Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan .....”
( an-Nisa [4] : 125 )

Rasullullah juga bersabda :

” Beribadahlah kamu kepada Allah seperti kamu melihat-NYA, apabila kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Dia melihatmu ......”
(Muttafaq ’alaih)

c. Muhassabah

Melakukan perhitungan terhadap diri sendiri di atas apa yang telah dilakukan demi mengecapi kebahagian di dunia dan akhirat. Sentiasa membuat perhitungan dengan apa yang telah dilakukan. Andainya apa yang dilakukan adalah perkara-perkara yang dilarang, maka mestilah segera beristigfar menyesali perbuatan dan segera bertaubat dan membuat kebaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan muhassabah terhadap diri sendiri.Ianya satu cara memperbaiki, mendidik, menyuci dan membersihkan diri

Allah berfirman :

“ Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ”
(al-Hasyr [59] : 18)

d. Mujahadah (Berjuang Melawan Hawa Nafsu)

Hawa Nafsu adalah musuh yang paling besar bagi setiap individu Islam. Hawa nafsu hanya cenderung untuk melakukan kejahatan dan menjauhi kebaikan.

Allah telah berfirman :

“ Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.....”
(Yusuf [12] : 53 )

Sebagai umat Islam seharusnya kita berjuang untuk melawan hawa nafsu jangan sampai ianya menguasai diri kita. Didiklah nafsu agar tenang dan tenteram serta suci dan bersih. Allah berfirman :

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
(al-Ankabut : 69)


Sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa berjuang di jalan Allah demi memastikan nafsu terkawal, baik, bersih, suci dan tenteram serta memperolehi kemuliaan dan keredhaan dari Allah S.W.T.


sumber dari: www.al-azim.com
copyright: Jabatan Mufti Negeri Melaka




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin