FOLLOWERS

Thursday, December 10, 2009

Sorry ya kawan-kawan


Kawan-kawan tersayang,
Maafkan Mieza andainya dah lama tak update blog ni, bukannya tak ada cerita yang nak dikongsi, tetapi situasi tak mengizinkan untuk updatekan cerita-cerita terbaru buat kawan-kawan. Nak tahu kenapa? Hehehe...Mieza dah kantoi...sekarang kat office dah tak boleh nak surfing internet macam biasa. Hak itu telah ditarik balik oleh boss Mieza. Maybe dia tak mahu staff menggunakan kemudahan internet di pejabat disalahgunakan oleh pekerja. Biarlah..mungkin ada hikmahya dia buat macam tu..walaupun hati sakit mengenangkannya, tapi Mieza kena fikirkan dari sudut lain, kenapa boss buat macam tu..so Mieza terima seadanya..
Walaupun tak boleh online lama, Mieza sentiasa buka blog Mieza, nak tahu perkembangan kawan-kawan semua...Insyaallah, kalau ada rezeki, Mieza ingat nak pasang streamyx kat rumah, biar dapat berhubung semula dengan kawan-kawan...
So..tunggu...i will come back soon...



Wednesday, December 2, 2009

Birthday Alya

Happy Birthday Alya..Alya, anak saudaraku sambut birthday yang ke 3 tahun di kampung sempena cuti Raya Haji yang lalu. Adikku, Yana dan suaminya bekerja dan tinggal di Putrajaya. Yana memang merancang nak sambut birthday Alya di kampung sempena pulang bercuti pada Raya Haji lalu. Birthday Alya sebenarnya jatuh pada 12 Disember 2009, tapi kami plan nak buat awal sebab kebetulan semua orang berkumpul dirumah mak waktu itu..lihatlah kegembiraan anak-anak dan anak-anak saudaraku yang ramai itu bila bertemu...



Birthday Girl - Alya yang manja


Birthday Cake - Chocolate Walnut by Secret Recipe sodapp



Tengah tunggu nak tiup lilin



Nangis plak, lambat benar nak tiup lilin ni...



Alya and my notty daughter Ayuni

Gambar-Gambar kegembiraan anak-anak


Seronoknya minum fruit coctail


peace!


hoorayyy..


smile!


Alisha n her cousin sister


Alisha with her cousin sister..lega sikit ramai yang tolong jaga..hihihi..

Apapun memang happening lah haritu, mana gambar saya?..huhuhu..takleh la nak show kat blog ni, coz free hair...malu la...
Memang begitu meriahlah rumah mak bila anak-anak dan cucu-cucu berkumpul, bergelak ketawa, bermain, berjenaka bersama-sama...


Monday, November 16, 2009

Untuk Renungan Bersama


Sejak akhir-akhir ini, saya sering menilai diri sendiri adakah sudah sempurna atau masih banyak lagi kekurangan-kekurangan yang perlu diperbetulkan sebagai hamba Allah, samada menjalani kehidupan seharian dan juga ditempat kerja.
Ye lahkan..manusia tak sempurna, oleh itu kawan-kawan marilah kita menilai diri kita sendiri dan berusaha meningkatkan keperibadian kita sebagai orang muslim di muka bumi Allah ini....

Terdapat beberapa artikel yang saya jumpa di dalam internet yang ingin saya kongsi dengan kawan-kawan semua...

Adab Terhadap Diri Sendiri

Kaum muslimin percaya bahwa kebahagian di dunia dan akhirat bergantung pada perilaku dan adab terhadap diri sendiri dan pada kesucian serta kebersihan jiwa. Begitu juga dengan kesengsaraan disebabkan kerosakan dan kekotoran jiwa hal ini nyata dalam firman Allah :

“ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”
( Asy-Syam [ 91] 9-10)

Rasullullah bersabda :

“ Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila melakukan sesuatu dosa terjadilah bintik hitam dalam hatinya. Bila dia bertaubat dan menghentikan dosanya dan mencela perbuatannya, hatinya akan bersinar kembali, dan apabila dosanya bertambah, akan bertambah pula bintik hitam itu hingga hatinya akan tertutup….”
( Nasa’i dan Tarmizi, hadis hasan sahih)

Oleh yang demikian kaum muslim haruslah berusaha menjaga dirinya dengan membersih dan menyucikan jiwanya. Kerana jiwa yang suci dan bersih dapat menjauhkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan boleh merosakkan. Beberapa langkah yang perlu di lalui untuk mencapai kesucian jiwa iaitu :

a. Taubat

Taubat yang bermaksud menyucikan diri dari dosa dan maksiat, menyesali segala dosa yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak mengulangi. Seperti firman Allah yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai….”
(at-Tahrim[66] : 8)

Dan sabda Rasullullah :

“ Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari seratus kali ”
( Muslim )

b. Muraqabah ( Pengawasan )

Umat Islam sentiasa merasakan setiap perbuatan dan pergerakan diawasi oleh Allah. Sehingga mereka yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan dan megetahui segala yang nyata mahupun tersembunyi.Dengan keyakinan itulah manusia merasakan jiwanya tenang mengingati Allah dan puas mendampingiNYA. Ia di nyatakan dalam firman Allah :

“ Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan .....”
( an-Nisa [4] : 125 )

Rasullullah juga bersabda :

” Beribadahlah kamu kepada Allah seperti kamu melihat-NYA, apabila kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Dia melihatmu ......”
(Muttafaq ’alaih)

c. Muhassabah

Melakukan perhitungan terhadap diri sendiri di atas apa yang telah dilakukan demi mengecapi kebahagian di dunia dan akhirat. Sentiasa membuat perhitungan dengan apa yang telah dilakukan. Andainya apa yang dilakukan adalah perkara-perkara yang dilarang, maka mestilah segera beristigfar menyesali perbuatan dan segera bertaubat dan membuat kebaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan muhassabah terhadap diri sendiri.Ianya satu cara memperbaiki, mendidik, menyuci dan membersihkan diri

Allah berfirman :

“ Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ”
(al-Hasyr [59] : 18)

d. Mujahadah (Berjuang Melawan Hawa Nafsu)

Hawa Nafsu adalah musuh yang paling besar bagi setiap individu Islam. Hawa nafsu hanya cenderung untuk melakukan kejahatan dan menjauhi kebaikan.

Allah telah berfirman :

“ Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan.....”
(Yusuf [12] : 53 )

Sebagai umat Islam seharusnya kita berjuang untuk melawan hawa nafsu jangan sampai ianya menguasai diri kita. Didiklah nafsu agar tenang dan tenteram serta suci dan bersih. Allah berfirman :

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
(al-Ankabut : 69)


Sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa berjuang di jalan Allah demi memastikan nafsu terkawal, baik, bersih, suci dan tenteram serta memperolehi kemuliaan dan keredhaan dari Allah S.W.T.


sumber dari: www.al-azim.com
copyright: Jabatan Mufti Negeri Melaka




Sunday, October 18, 2009

Damainya Kampungku..

Agak lama juga saya tak update di blog ni disebabkan busy dengan kerja-kerja office. Sebenarnya entri ni dah lama, tapi tak sempat nak post..
Kali ini saya ingin bercerita tentang kampung kelahiran saya, Kampung Singkir Genting, Yan, Kedah.Di kampung ada mak, ayah, kakak saya, Kak Ina, suami dia, dan 3 orang anak buah saya. Saat paling bahagia buat saya adalah pulang ke kampung dan kesempatan cuti Jumaat dan Sabtu saya habiskan disana.
Kampung saya terkenal dengan dusun buah-buahan kayu seperti durian,cempedak, langsat, rambai, manggis, rambutan dan berbagai-bagai jenis buah-buahan tempatan. Belakang rumah mak ada sebatang sungai yang jernih, mengalir dari kaki Gunung Jerai dan terdapat rekreasi perkelahan di situ, dan orang-orang kampung menggelarkan tempat itu Sungai Tok Selang. Walaupun airnya tidaklah sedalam mana, tapi ramai jugak keluarga datang beriadah disitu. Kanak-kanak yang paling suka mandi disitu kerana airnya cetek..tapi saya tak mandilah disitu, anak-anak je yang seronok mandi..
Dulu masa saya kecil dan remaja adalah mandi dekat situ..seronok...heeee..



Projek Ladang Manggis Organik



Jernihnya air sungai yang mengalir dari kaki Gunung Jerai..





Budak-budak kampung panjat pokok lepas tu terjun ke dalam sungai..



Rumah mak...



Jalan kampung..

Kepada kawan-kawan semua, jemputlah ke rumah mak saya bila cuti sekolah..boleh bermandi-manda disungai..tapi kena datang time musim buah, baru happening...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin