FOLLOWERS

Tuesday, September 22, 2009

Balik Kampung..hohoho..Balik Kampung...


Jalan ke kampungku


Permandangan Gunung Jerai dari jauh...


Pekan Sungai Yan


Jalan Jammed..

Balik kampung..hohoho..balik kampung..lagu nyanyian arwah Sudirman yang sinonim dengan Hari Raya. Bila hari Raya semua orang, terutamanya yang tinggal di bandar mengambil kesempatan cuti raya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Kampung Singkir Genting, tempat lahirku, sebuah kampung yang amat tenang dan damai. Terletak di kaki Gunung Jerai, gunung yang tertinggi di negeri Kedah. Selepas bersembahyang raya dan ke rumah MIL yang tak berapa jauh dari rumahku di Alor Star, kami pun bertolak pulang ke kampung. Seronok sungguh dapat pulang ke kampung walaupun kami sudah pun pulang pada bulan puasa dulu. Disana ada emak, ayah, kakakku, abang ipar serta anak-anak buahku. Anak-anakku pun seronok sungguh dapat berjumpa dengan sepupu-sepupu mereka. Dalam perjalanan ke kampung, kulihat dari jauh permandangan Gunung Jerai yang diseliputi kabus. Dikiri kanan jalanraya dikelilingi sawah padi yang baru saja dituai. Petang itu, hujan turun rintik-rintik sahaja. Bila sampai ke persimpangan Pekan Sungai Yan, perjalanan kami tergendala kerana traffic jammed. Banyak kenderaan melalui kawasan tersebut. Aku ingat Bandaraya KL dan Bandaraya Alor Star saja yang jammed, tapi Pekan Sungai Yan pun jammed jugak. Pada pendapat aku, pihak JKR perlu menaiktaraf infrastruktur di Pekan Sungai Yan ini serta melebarkan jalanraya daripada satu kepada dua lane, barulah kenderaan berjalan lancar..Perjalanan ke kampung yang biasanya mengambil masa selama 1 jam menjadi 1 setengah jam disebabkan kesesakkan jalanraya. Setelah selamat tiba ke destinasi, aku terus membersihkan diri dan selepas itu aku menjengok ke dapur mencari nasi himpit dan kuah kacang yang mak buat khas untuk aku sebab aku masih lagi berpantang makan ketupat sebab c-zer dulu..badan nak kena jaga jugak, nak guna lama..hehehe...
Malam itu aku tidur dengan nyenyak sekali, dengan keadaan cuaca yang sejuk di kampungku, di kaki Gunung Jerai...










Last Minit Shopping




Hari Jumaat,19/9/09, dua hari sebelum Hari Raya, aku ke bandar Alor Star untuk menukar wang baru di bank dan membeli kelengkapan raya yang masih tertinggal iaitu songkok dan sampin Ammar. Sebelum itu, aku singgah ke ATM untuk mengeluarkan wang. Aku lihat ramai orang beratur untuk mengeluarkan wang masing-masing. Maklumlah semua orang nak pakai duit untuk menyambut hari raya. Aku menanyakan staff bank, ada tak wang kertas baru RM5, tetapi wang kertas tersebut sudah habis ditukar orang ramai, yang ada hanya wang RM1.., tanpa berlengah aku pun menukar wang kertas tersebut. Selepas itu aku ke deretan bazar menjual pakaian dan kelengkapan untuk menyambut hari raya untuk membeli songkok dan sampin untuk anak lelakiku. Selepas membeli barang-barang tersebut aku ke kedai bunga hiasan yang terletak di Jalan Langgar berdekatan dengan Kamdar. Dalam kedai kulihat ramai orang sedang memilih jambangan bunga hiasan untuk menyerikan lagi ruang tamu rumah masing-masing. Layanan yang diberikan oleh tuan punya kedai bunga berbangsa cina itu amat baik sekali. Kedua-dua lelaki cina itu amat ramah, maka tak hairanlah ramai orang mengunjungi kedai mereka. Gubahan bunga pun amat cantik dan ada kelas serta harganya amat murah. Itu memang ku puji. Aku pun menempah satu jambangan bunga hiasan untuk diletakkan di satu sudut ruang tamu rumahku..dalam hatiku "hmmm...duitku keluar mengalir macam air, semua nak beli, tapi aku kena berbelanja dengan bijak agar lepas raya, poket tak kosong..hahaha..". Sebagai wanita bekerja dan juga seorang ibu, aku kenalah bijak berbelanja agar tidak membazir. Membazir itu kan amalan syaitan..Selepas berbelanja membeli barangan-barangan tersebut, aku pun pulang ke rumah. Selepas itu ke dapur pula untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Hari itu aku menyediakan kueteow teng saja. Mudah dan ringkas, serta cepat dimasak..letih badan hari ni sebab bershopping di bulan puasa..

Monday, September 21, 2009

Salam Lebaran Buat Semua

Ketibaan Syawal memang dinanti oleh semua umat islam. Setelah sebulan berpuasa, kini tibalah Aidil Fitri. Sedari awal lagi, aku telah menyediakan 2 pasang baju iaitu kurung dan moden serta sepasang kasut untuk anak-anak dan suami. Aku pula, awal lagi telah menempah 2 pasang kurung moden untuk diriku. Tema baju raya tahun ini ialah mix colour iaitu combination orange, peach dan merah..warna kegemaranku..
Tahun ni bajet aku untuk memperuntukkan sejumlah wang untuk menukar langsir baru bagi menghiasi rumah yang telah 3 tahun aku duduki. Rumahku cuma rumah teres kos rendah, tapi aku bersyukur kerana tidak perlu menyewa lagi rumah kerana rumah yang aku diami sekarang ini adalah rumahku sendiri.
Dikesempatan ini inginku ucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri & maaf zahir batin kepada semua kawan-kawan, follower2 serta seluruh umat islam di dunia..



Monday, September 14, 2009

TAGS FROM KELLY910

I'M TAGGING AGAIN...THIS TIMES COMES FROM KELLY, SO KELLY AND ALL MY FRIENDS OUT THERE, LETS CHECK IT OUT...

THE RULES ARE SIMPLE.. USE GOOGLE IMAGE TO SEARCH THE ANSWER TO THE QUESTIONS BELOW. THEN U MUST CHOOSE A PICTURE IN THE FIRST PAGE OF RESULT AND POST IT AS UR ANSWER. AFTER THAT TAG 12 PEOPLES...


THE AGE OF YOUR NEXT BIRTHDAY

It's really..hahaha...




PLACE I LIKE TO TRAVEL THE MOST




MY FAVOURITE FOOD




NICKNAME THAT I HAVE








MY FAVOURITE COLOUR




THE CITY I LIVE NOW




THE PLACE I WAS BORN




MY COLLEGE MAJOR




MY BAD HABIT




MY HOBBY





MY WISH



ALSO LIKE TO TAG..

-HARISA
-DIANA (KAK LONG)
-MAIZATUL (ETON)
-MAMA EL
-LADYBIRDLUVONE
-LADY OF LEISURE
-PIJOT
-AIN (LOVE IS CHENTA)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin