FOLLOWERS

Thursday, August 27, 2009

Andai dapat ku undurkan masa....


Dalam kesibukkan urusan kerja dan urusan keluarga dan anak-anak, tiba-tiba aja aku teringat akan zaman persekolahan dulu. Seingat aku, dulu aku banyak bermain masa persekolahan. Orang kata budak nakal la..tapi taklah sampai panjat pagar asrama atau ponteng kelas. Tapi dari segi pembelajaran aku ok je. Result SPM aku ok, dan melayakkan aku untuk apply IPTA, tapi keluargaku susah masa tu. Ayahku cuma pemandu bas ekspress dan mak pulak surirumah sepenuh masa. Aku teringin jugak untuk sambung pelajaranku, tapi memandangkan keadaan ekonomi masa itu tak mengizinkan, aku terpaksa membatalkan niatku, walaupun dalam hati aku mahu..
Waktu itu aku cemburu pada kawan-kawan yang rapat denganku. Mereka dapat menyambung pelajaran mereka ke IPTA. Aku cuma ada Sijil SPM aja. Dengan sijil itu aku dapat bekerja sebagai kerani. Aku tak menyalahkan mak dan ayah, mungkin nasibku tak sebaik teman2 rapatku. Aku pasrah dengan ketentuan Illahi..
Sudah 16 tahun waktu itu berlalu, tapi terasa macam baru je..mengalir airmataku bila dikenang-kenang kembali waktu itu..mengapalah aku mengalah dengan takdir, mengapa aku tidak berusaha untuk berjaya..mengapa....mengapa...mungkin aku masih muda pada masa itu dan masih belum matang berfikir..dan aku bukanlah seorang yang suka memberontak jika tidak mendapat apa yang diinginkan. Semua keinginan itu aku pendam saja dalam hati..
Sekarang ini pun semangat untuk berjaya itu tetap ada. Aku berazam untuk berjaya di dalam bidang pekerjaan dan bisness yang aku buat secara part time ini. Aku juga mempunyai legasi untuk menjayakan cita-citaku selama ini..harapanku sekarang adalah pada anakku Amira. Anakku ini seorang pelajar yang rajin dan cemerlang di dalam kelas dan aku amat berharap agar Amira boleh score 5A dalam UPSR. Borang untuk masuk ke sekolah berasrama penuh telahpun ku isi setelah diberi oleh guru kelas Amira..semoga Allah mengabulkan permintaanku ini..aku tidak mahu anakku menjadi seperti aku..aku mahu anakku itu berjaya di dalam pelajaran sehingga ke menara gading dan pulang membawa segulung ijazah dan menjadi anak yang soleh serta berbakti kepada masyarakat kerana kata anakku dia bercita-cita menjadi seorang doktor pakar kanak-kanak.

Monday, August 17, 2009

Happy Birthday Ayuni & Amira


Ayuni, anak daraku yang kecil dan keletah telah berumur 3 tahun pada 30 Julai 2009. Kami sambut Birthday Ayuni dekat Pantai Merdeka Resort, semasa perkelahan 1 Ogos 2009 lalu. Ayuni anakku yang paling aktif di antara 4 orang anakku. Fizikalnya kecil je..mak aku kata mukanya mirip aku masa kecil. Rumahku pasti sunyi kalau Ayuni tiada. Anakku ini tak tahu duduk diam, ada saja yang dia buat. Aku perhatikan Ayuni suka melukis. Dalam umur 3 tahun Ayuni pandai melukis Upin & Ipin tapi versi dia la..Ayuni juga suka gambar Ben 10. Kasut, baju, buku semua dia nak Ben10..nak tergelak jgak dibuatnya. ..

Amira pula, anak daraku juga genap 12 tahun pada 12 Ogos 2009 lalu. Dalam family Amira lebih mesra dipanggil kakak. Cepat sungguh masa berlalu, masih terbayang cemana aku lahirkan kakak. Masa tu umur aku baru 21 tahun, kekok rasanya mula2 jadi ibu nie..tapi masa beredar dengan pantas, sedar2 anakku sudah berumur 12 tahun..

HAPPY BIRTHDAY AYUNI & AMIRA...




"Mama tak ada hadiah yang berharga buatmu cuma doa daripada ibu kepada anak-anaknya agar menjadi orang yang berjaya kelak, Amin.."

Tuesday, August 11, 2009

CD COOLA BABY




Seronoknye tengok babyku pakai CD..Coolababy namanya..thanks kepada mak kutu, Akma yang buat skim kutu CD nie..dah lama jgak aku ushar CD nie..mula-mula tengok pendapat mommies2 kat forum Ratuhati dulu. Bila ada skim kutu nie, apalagi ambik peluanglah..grab the CD's. Bukan saja nak jimatkan poket somi tapi membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar..teringat jgak aku masa mula2 kahwin dulu..masa tu tahun 90an..nak beli diapers pakai buang memang mahal, masa tu suami keje sendiri, aku pulak baru keje..ada jugak pakaikan Amira lampin kain dengan seluar getah atau yang ikat plastik tu, tapi sekarang lampin kain dah di modified, lebih efisien dan kalis bocor..

ni lah CD nyer..

tengoklah betapa selesanya..baby pun happy..mama lagi la happy..

CD Coola Baby nie aku dapat 5 warna semuanya, putih, kuning, oren, biru muda dan hijau muda..kalau ada bajet lebih nanti nak tambah lagi lah koleksi CD nie.. Thanks to Ratuhati.com kerana perkenalkan aku apa itu Kain Lampin Moden aka Cloth Diapers


Monday, August 10, 2009

Bangkok Pataya 2008


Last year, November 2008, company aku buat trip ke Bangkok Pataya, masa tu perut aku dah 6 bulan, aku tak lepas peluang ni, aku pegi jugak. Mula2 rasa cuak jgaklah takut kena tahan imigresen Siam kat Airport Hatyai sebab aku pregnen masa tu, takut flight tak terima, last2 lepas jgaklah, fuh..nasib baek...penerbangan ke Bangkok ambik masa 1 jam lebih, dalam flight mulut aku tak berenti makan sandwish buatan Ana, officemate aku..ermm..sedapppp..

Gambar masa kat Bangkok

Airport Suvarnabhumi, Bangkok

Siam Niramit


Safari Worldasyik makan je aku nie...

Elephant Show kat Pattaya

Sampai je kat Bangkok kami dibawa ke Pattaya menaiki van..check in hotel kat tepi pantai..nama apa tah terlupa aku. Kat Pattaya kami melawat banyak tempat2 menarik dan paling tak ku lupa malamnya kami sempat tengok pondan2 siam buat show kat Alcazar Cabaret. Fuh..lawa giler pondan2 yang buat show malam tu, sebijik cam pompuan bukan macam pondan kat Malaysia. Tourist Guard cakap kos pembedahan tukar jantina, buatmuka, hidung dan macam2 lagi boleh mencecah RM100K..banyak tu.

show pondan kat Alcazar Cabaret Show

Naik sampan nak ke Floating Market

Memang seronok le pegi trip Bangkok Pattaya ni..emm..bilalah plak company nak bawa pergi jalan2 lagi..tunggu keuntungan projek yang besar2 la plak...














Mieza

Jom..aku bercerita serba sedikit tentang aku..
  • Namaku: Mieza aka mama eja.
  • Lahir : 3.1.1976
  • Asal : Kg. Singkir Genting, Yan, Kedah (terkenal dengan dusun durian)
  • Dibesarkan di Alor Star
  • Bersekolah di SM. Sultanah Bahiyah Alor Star(1989-1993) SPM 1993
  • Mula kenal cinta 1992 (cinta monyet dgn hubby), bertunang April 1996 berkahwin dengan Amer, hubbyku pada 26.9.1996
  • Sangat bahagia dengan kehidupan sekarang yang serba sederhana dan dikurniakan 4 orang cahayamata: Amira 12thn, Ammar 9thn, Ayuni 3thn dan Alisha 5bln++..
  • Kerja di Firma Arkitek, Alor Star sebagai Admin & Account Clerk.
  • Suka berkaraoke utk release tension, mencuba resepi baru, jalan-jalan, membaca, menonton movie dan dokumentari juga menari..paling suka Salsa, Mambo dan Latin Dance...

Gambar Percutian 1 Ogos 2009

Senja di Pantai Merdeka

Amira dan cousin

Ayuni

mak dan alisha qaisara..


anak2ku dan anak2 buah..







Saturday, August 8, 2009

H1N1 virus influenza A baru..

H1N1? mula-mula aku tak berapa kisah sangat pasal virus ni. Sejak penularan ke peringkat tempatan aku mula gundah gulana..he.he. bahasa sastera plak..Setahu aku virus ini merebak melalui sentuhan secara direct ngan pesakit, atau melalui udara. Sebab itu pemakaian mask amat digalakkan untuk mengurangkan penularan virus ni.
Susah hati aku bila fikirkan anak2ku yang bersekolah..apalah yang mereka tahu secara spesifik pasal virus ni. Semalam aku beli topeng 'mask' untuk anak2ku kesekolah..aku rasa pihak sekolah patut menyediakan 'mask' untuk murid2 dan pelajar2nya. Tapi tiada apa-apa tindakan setakat ini. Orang ramai masih leka seolah2 tiada apa yang nak ditakutkan dengan penularan virus ni. Setakat ini virus ni dah meragut nyawa seramai 18 orang di Malaysia. Ada rumours menyatakan wabak penyakit ini akan meragut lebih lagi nyawa dan dianggarkan seramai 28,000 orang di Malaysia. Entahlah betul atau tak..


Monday, August 3, 2009

KEBIZIAN TAHAP MAKSIMUM

Waaa..waa..cam nak nangis rasanya bila fikir camne nak habiskan keje opis yang melambak tak pernah2 abis..aku plak sorang je admin kat sini..mana nak buat claim, mana nak filing, mana nak jawab phone, mana nak atur itu ini, order itu ini...waaaaa...tensionnya..dengan gaji yang tak seberapa itulah kadang2 aku rasa cam nak berhenti keje ja...tapi nanti aku plak yang boring..sebab lepas sekolah je aku dah keje..dengan sijil SPM yang tak seberapa kerja yang layak buat aku hanya kerani je la..sampai sekarang ni..tukar tempat keje dah 4 kali..tapi sume pejabat yang operasinya sama je iaitu ARKITEK..sume selok belok operasi opis ni boleh dikatakan aku dah pro le..maklumlah tup tup dah 12 tahun aku keje dalam bidang ni..he.he..

Saturday, August 1, 2009

Release Tension...


Sudah beberapa minggu aku plan dengan Kakna nak pergi berkelah dan berBBQ di Pantai Merdeka. Bila tiba harinya kami pun pergi.Aku drive sendiri Kancil dan Abang Iparku 'Bang Din" bawa Citra. Hubbyku 'Amer' tak jadi pegi last2 minit. Dalam hatiku memanglah tak berapa seronok,tapi apakan daya..kami cuma merancang..hubbyku tak jadi pergi sebab kena buat keje overtime kat PPD Alor Star. Hmm..biarlah...nak buat camne..Kami bertolak lepas jumaat 31 Julai 2009. Kebetulan 'Birthday' Ayuni anakku yang paling nakal dan yang tersangatlah 'activenya' yang ke 3 tahun jatuh sehari sebelumnya iaitu 30 Julai 2009, ,aku plan nak sambut kat sanalah walaupun dengan ketiadaan hubbyku. Kami check in pukul 3.00 ptg di Merdeka Beach Resort. Lepas check in aku ambil kesempatan merakamkan gambar2 permandangan di Pantai Merdeka. Air lautnya tidaklah sebiru seperti pantai2 di Langkawi. Dapat juga snap gambar matahari terbenam. Malamnya, abangku 'Abg Gee' turut serta. Apalagi riuh rendahlah kami malam tu berBBQ dan masak steamboat..hmm..yummmy..Angin malam di Pantai Merdeka bertiup agak kuat..kami berBBQ diluar chalet..walaupun lampu jalan tak berapa terang, habis jgak ayam, sosej, steamboat kami makan..semua orang dah kekenyangan, kek Ayuni belum lagi dipotong, ingat besoklah buat sesi potong Birthday Cake, coz sume orang masing2 dah 'full'. Setelah selesai BBQ kami pun masuk ke bilik..mata masing2 dah mengantuk..aku dan anak2 tidur berhimpit2 di dalam dalam bilik..entah kenapa aku terkenang pada hubbyku "agaknya tengah buat apalah dia" dah makan ke belum...selepas menidurkan Alisha, mataku pun terpejam dibuai lena dek keletihan dan kekenyangan..
Pagi 1 Ogos, kami bersarapan dengan cucur cempedak yang dimasak oleh Kakna..selepas itu kami memotong kek birthday Ayuni..'Happy Birthday anak Mama'..selepas sarapan, anak-anakku serta anak buahku turun mandi laut..memang happy sungguh anak2ku sebab dah lama tak mandi laut..selepas mandi kami berkemas pulang, lepas check out kami pun pulang..pulang dengan episod gembira dalam hati anak2ku..dalam hatiku tiada siapa yang tahu...













LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin